awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR mesti menang PRU15 untuk selamatkan rakyat - Saifuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2022
03:30 MYT
PKR mesti menang PRU15 untuk selamatkan rakyat - Saifuddin
Saifuddin Nasution ketika berucap sempena Persidangan Kongres Nasional PKR Tahunan ke-16, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memimpin kerajaan bagi menyelamatkan rakyat dan negara.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, justeru PKR mesti memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Keadilan membuat kongres tahunan untuk terus mengukuhkan parti dan memperkuat Pakatan Harapan (PH) serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk PRU15.
"Masuk PRU dengan matlamat jelas untuk menang dan memimpin kerajaan baru demi menyelamatkan rakyat dan negara. Masuk PRU15 untuk menang bukan untuk jadi pembangkang.
"Membiarkan kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa dan kita menunggu PRU untuk membiarkan kerajaan sekarang berkuasa adalah satu malapetaka besar," katanya ketika berucap sempena Persidangan Kongres Nasional PKR Tahunan ke-16 di sini, pada Sabtu.
Tambah Saifuddin, kongres kali ini akan mengikhtiarkan kesedaran memastikan kemenangan tersebut dengan hala tuju lebih jelas.
"Kongres dua hari ini, insyaALLAH akan mengikhtiarkan usaha ke arah itu dengan arah tuju yang akan diletakkan garis besar oleh presiden," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, kongres berkenaan menerima kehadiran seramai 17 tetamu dari kedutaan asing.
Antaranya dari Iraq, Singapura, Maldives, Australia, Rusia, Jepun, China, Ukraine, dan Amerika Syarikat (AS). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Saifuddin Nasution Ismail
#Kongres PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan