POLITIK
PKR Sarawak perlu terus diperkukuh hingga ke peringkat akar umbi - Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru barisan kepimpinan PKR Sarawak supaya terus mengukuhkan kekuatan parti itu hingga ke peringkat akar umbi selepas pemilihan Mei lepas. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUCHING: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru barisan kepimpinan PKR Sarawak supaya terus mengukuhkan kekuatan parti itu hingga ke peringkat akar umbi selepas pemilihan Mei lepas.
Ringkasan AI
- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa kepimpinan PKR Sarawak agar terus memperkukuh kekuatan parti hingga ke peringkat akar umbi dengan semangat perpaduan dan kerjasama.
- Beliau mengingatkan pemimpin yang menang dalam pemilihan agar tidak bersikap angkuh, sebaliknya perlu bekerjasama dengan semua pihak termasuk yang tewas.
- Datuk Seri Anwar menekankan bahawa kuasa adalah amanah yang perlu dipikul dengan integriti dan keutamaan terhadap kepentingan rakyat.
"Setiap daripada kita punya peranan dan kekuatan tersendiri untuk terus bekerja demi rakyat.
"Usaha membina parti di Bumi Kenyalang bukan mudah namun dengan iltizam bersama, KEADILAN pasti mampu bertapak kukuh," katanya menerusi hantaran di Facebook selepas Sesi Perjumpaan bersama Majlis Pimpinan PKR Sarawak di sini, hari ini.
Anwar yang juga Perdana Menteri berkata amanah yang diberikan bukan milik mutlak sebaliknya merupakan tanggungjawab besar yang mesti dipikul pemimpin dengan jujur dan ikhlas.
"Kuasa dan kedudukan bukan lesen untuk bersenang-lenang atau menyalah guna amanah. Setiap pimpinan wajib menjunjung integriti, telus dalam tindakan dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami