awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PKR Shah Alam desak PH tolak sebarang kerjasama dengan PN' - Najwan

Fareez Azman
Fareez Azman
30/08/2022
09:40 MYT
'PKR Shah Alam desak PH tolak sebarang kerjasama dengan PN' - Najwan
Mohd Najwan berkata, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menolak sebarang kerjasama dengan PN amat disambut baik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) digesa agar terus tegas menolak sebarang bentuk rundingan atau kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) di semua peringkat.
Menurut Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam, Mohd Najwan Halimi, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang menolak sebarang kerjasama dengan PN amat disambut baik.
"PKR Shah Alam menyambut baik kenyataan tegas Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Rakyat tidak akan lupa akan pengkhianatan yang dilakukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika menumbangkan kerajaan PH selepas PRU14," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu, Bersatu ketika ini dilihat terdesak sekiranya mereka ingin mengadakan kerjasama dengan PH.
"Ternyata, Muhyiddin dan gerombolan pengkhianat di dalam Bersatu kini semakin terdesak. Justeru, tanpa perasaan malu mulai menggesa agar parti-parti pembangkang bekerjasama dengan mereka," dakwa Mohd Najwan.
Justeru tambahnya, PH perlu terus tegas menolak sebarang bentuk rundingan atau kerjasama politik dengan PN di semua peringkat.
"Justeru, PKR Shah Alam mendesak agar pimpinan PKR dan PH untuk terus tegas menolak sebarang bentuk rundingan atau kerjasama politik dengan PN di semua peringkat.
"Apa yang mustahak adalah menggerakkan ikhtiar untuk memperkukuh PH dalam usaha memenangi kembali sokongan rakyat seterusnya memenangi PRU15 kelak," ujarnya lagi.
BACA: Muhyiddin yang mahu bekerjasama dengan PH demi kuasa bukan negara - Rafizi
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan idea kerjasama PN dengan pembangkang disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa.
BACA: Idea kerjasama PN - PH untuk selamatkan negara, kata Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, beliau menyuarakan cadangan itu kerana berpendapat kepentingan negara lebih penting berbanding kepentingan parti.
Tambahnya, rakyat kini mahu melihat semua parti politik menawarkan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara.
Topic Berkaitan
#PH
#Perikatan Nasional
#Najwan Halimi
#PKR Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan