awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM adakan pertemuan dengan pemimpin Bersatu

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2019
00:10 MYT
PM adakan pertemuan dengan pemimpin Bersatu
Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli Parlimen, Senator dan Menteri Besar dari Bersatu pada Isnin, 5 Ogos, 2019. - Foto Twitter Syed Saddiq
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli Parlimen, Senator dan Menteri Besar dari parti itu.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twitternya.
"Kami memberikan sokongan penuh kepada Tun Mahathir dan akan fokus kepada perjuangan rakyat. Masalah rakyat, masalah kami.
"Tidak perlu bongkak dan sombong, ikhlas berkhidmat untuk semua," katanya.
Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak menyatakan lokasi dan tujuan pertemuan diadakan.
Perjumpaan tertutup YAB Tun M bersama semua Ahli Parlimen-Senator-Menteri Besar dari BERSATU. Kami memberikan sokongan penuh kepada YAB Tun M & akan fokus kepada perjuangan rakyat. Masalah rakyat, masalah kami. Tidak perlu bongkak & sombong, ikhlas berkhidmat untuk semua. pic.twitter.com/X2FZZxZ37v
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 5, 2019
Sebelum ini, beberapa pimpinan Bersatu dari Selangor dan Johor mengeluarkan kenyataan mahu Dr Mahathir berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal Pilihan Raya Umum ke-14.
Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menyatakan pembangkang akan menyokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.
Kenyataan Abdul Hadi turut disokong Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dr Mahathir dalam maklum balasnya berkata beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Bersatu
#janji
#Mahathir Mohamad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perdana Menteri
#perjumpaan tertutup
#pilihan raya umum
#PPBM
#serah jawatan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan