awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hadiri mesyuarat 'Top 5' UMNO

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2022
08:18 MYT
PM hadiri mesyuarat 'Top 5' UMNO
Ismail Sabri bersama Top 5 UMNO dalam mesyuarat di Menara Dato' Onn di ibu negara, pada Jumaat. - Sumber foto FB Mohamed Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menghadiri mesyuarat membabitkan lima pemimpin tertinggi (Top 5) UMNO di Menara Dato' Onn, di ibu negara.
Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di akaun Facebook rasminya.
Bekas Menteri Besar Johor itu turut memuat naik gambar kelima-lima mereka sedang bermesyuarat.
Media difahamkan, perjalanan beberapa mesyuarat sejak awal hari ini dimulakan dengan pertemuan lima pemimpin kanan parti tersebut, sebelum disusuli oleh mesyuarat Biro Politik UMNO, yang bermula kira-kira jam 3.50 petang tadi.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan mesyuarat sedang berlangsung.
Antara yang kelihatan dalam mesyuarat Biro Politik itu selain Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ialah Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Khalid dan Ismail Sabri, Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, dan Ketua-ketua Sayap parti.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada malam ini pula dijangka bermula 8.30 malam, yang akan turut dipengerusi Ahmad Zahid.
Sebelum ini Ismail Sabri menyebutkan beliau akan berbincang dengan lanjut tentang tarikh yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum Ke-15, serta hasil perbincangan Jemaah Menteri mengenai isu yang sama pada 22 September lepas.
Selain itu, Astro AWANI difahamkan, Ahmad Zahid juga akan menyebut mengenai butiran pertemuan beliau dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Top 5 UMNO
#ismail sabri yaakob
#PRU15
#Mohd Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan