KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri ANwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.

"Setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri @anwaribrahim  di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia!

"Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara," katanya.
LAPOR LANGSUNG PASCA PRU15: ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI KE-10



Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri ke-10.

Majlis angkat sumpah telah diadakan di Istana Negara pada petang Khamis.