KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-9.

Antara ucapan yang diterima termasuk daripada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengutuskan ucapan itu di media sosial beliau.

BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9

BACA: Ismail Sabri PM ke-9: Ketepi agenda politik, bersatu hati tangani pandemik COVID-19 - Agong


"Semoga dengan pelantikan ini Malaysia dapat meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara sebagaimana pandangan yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

 
Sumber Facebook wksbmenglish

Ucapan tahniah turut disampaikan oleh Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran sejurus kenyataan media dikeluarkan Istana Negara petang tadi.

"Sekalung tahniah kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan Perdana Menteri ke-9!" kongsinya di media sosial.

 
Sumber Facebook TSVigneswaranSA

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9

"Ke arah Malaysia yang lebih cemerlang untuk semua!" kata Ahli Parlimen Pensiangan itu di media sosial beliau.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

 
Sumber Facebook ArthurJosephKurup


[INFOGRAFIK] Profil Datuk Seri Ismail Sabri