awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM yakin Kerajaan Perpaduan mampu bertahan hingga tamat penggal

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2023
11:35 MYT
PM yakin Kerajaan Perpaduan mampu bertahan hingga tamat penggal
Kenyataan tegas Anwar itu sekali gus menempelak kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.
Kenyataan tegas Anwar itu sekali gus menempelak kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang.
"Tugas kerajaan ini, pentadbiran ini, apa sahaja yang diperkatakan oleh Presiden Pas, walau apa pun, saya yakin gabungan ini akan bertahan sehingga tamat penggalnya.
"Lebih-lebih lagi mereka hanya retorik politik, saya memberi mesej yang kuat kepada Malaysia, bahawa kita perlu melakarkan perbezaan.
""Kita harus lakukan ini dan pastikan perubahan berlaku yang mana adalah penting untuk menyelamatkan negara daripada masalah yang membelenggu negara, ini bukan lagi soal pilihan," katanya.
Anwar yakin kerajaan perpaduan akan kekal hingga habis penggal
Beliau menegaskan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucaptama Sesi Interaksi Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya sempena Sesi Pemukiman Wisma Putra, pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Selain itu, Anwar juga mahu pentadbiran pimpinannya mempertahankan isu tata kelola yang baik.
"Semasa sidang Parlimen pagi tadi, saya berbicara mengenai tebatan banjir dan projek lain.
"Saya sudah mengarahkan semua keputusan sebelum ini berhubung rundingan terus dihentikan serta-merta kecuali projek yang sangat memerlukan dan kritikal boleh diteruskan dengan cepat namun tender yang teratur.
"Mengapa skandal besar ini berlaku terlalu lama bukan saja oleh tokoh politik, jadi mana golongan profesional dan ahli akademik. Skandal ini tidak akan berlaku jika kita mempunyai hati nurani untuk menyuarakan dan hentikan semua ini," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga mengajak rakyat untuk bersama-sama melakukan sesuatu yang boleh menjadikan negara kembali hebat.
"Jadi pegawai dan diplomat kita juga harus menunjukkan contoh maksudnya menjadi pemimpin yang kompeten, menjalankan tadbir urus baik yang mana etika dan nilai sangat dipentingkan," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Kerajaan Perpaduan
#kekal
#bertahan
#sepenggal
#Pakatan Harapan
#PH
#Barisan Nasional
#BN
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan