KUALA LUMPUR:Sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO akan memberi kesan negatif terhadap apa sahaja jasa-jasa baik yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri, rakyat juga akan melihat UMNO mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dengan cepat ketika pandemik COVID-19 masih belum reda dan ekonomi belum pulih.
Dr Achmad Dzariean berpendapat, alasan bahawa vaksin COVID-19 yang bakal diterima tidak boleh digunakan untuk mempercepatkan PRU15.
"Pandangan masyarakat sudah semestinya akan dilihat condong ke arah negatif terhadap gerakan yang UMNO lakukan.
"Ia sememangnya boleh memberikan kesan terhadap apa sahaja benda-benda baik atau jasa-jasa baik yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional bersama UMNO sebelum ini.
"Rakyat ketika ini melihat UMNO seolah-olah inginkan pilihan raya diadakan dengan cepat dengan alasan vaksin sudah diterima.
"Tetapi kita perlu ingat penerimaan vaksin oleh kerajaan kita bukanlah vaksin itu boleh dinikmati semua orang, ada golongan sasar tertentu diberi keutamaan.
"Dengan adanya vaksin nanti ia bukan satu alasan yang boleh menghalalkan pilihan raya diadakan dengan cepat," katanya kepada Astro AWANI.
BACA JUGA: UMNO mahu PRU15 disegerakan - Zahid
Beliau juga berpendapat sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan yang dibuat oleh 143 bahagian parti itu, kedudukan kerajaan PN akan tergugat.
Dr Achmad Dzarien berpendapat sekiranya UMNO memilih untuk bergerak sendirian ia akan memberi kesan negatif terhadap Muafakat Nasional (MN).
"Apa sahaja perbincangan dan apa sahaja persetujuan dalam Muafakat Nasional sudah pastinya akan terkesan sekiranya UMNO mengambil jalan atau mengambil langkah bergerak sendirian pada PRU15 nanti.
"Kesan negatif akibat keputusan UMNO itu nanti bukan hanya akan diterima parti itu sebaliknya parti lain dalam kerajaan juga bakal menerima nasib yang sama," katanya lagi.
Baru-baru ini, 189 Bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat agung tahunan yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Daripada jumlah itu, 143 Bahagian UMNO telah meluluskan usul untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15 nanti.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jan 06 2021

Sekiranya UMNO memilih untuk bergerak sendirian ia akan memberi kesan negatif terhadap Muafakat Nasional (MN). - Gambar fail/Astro AWANI

Imuniti Kelompok | Mampu lindungi kumpulan berisiko
Imuniti kelompok juga boleh dicapai apabila 50 hingga 60 peratus populasi divaksinasi. Namun, ia bergantung kepada pola jangkitan semasa.

Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.

Kes Bunuh Khashoggi | Presiden AS umum pendirian Isnin ini
Presiden Joe Biden akan buat pengumuman berhubung dasar luar negara itu dengan Arab Saudi Isnin ini. Ini susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan Putera Mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pakej bantuan AS$19 trilion
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan pandemik COVID-19 bernilai 1.9 trilion dolar amerika bagi membantu rakyat negara itu. Undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang.

Rampasan Kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera. Dalam ucapan penuh emosi, Kyaw Moe Tun berkata tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik.

COVID-19: Sekatan bersiar-siar di pantai dikuat kuasa
Penduduk di Nice, Perancis tidak dibenarkan bersiar-siar di tepi pantai sepanjang hujung minggu. Ia selepas kerajaan melaksanakan sekatan sementara di beberapa kawasan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej rangsangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Menteri Luar mulakan lawatan rasmi ke Brunei hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej ransangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kongres FAM: Hamidin kekal penggal 2021-2025
Datuk Hamidin Mohd Amin bakal terus diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tempoh lima tahun lagi.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4: Pelawaan dialog Maszlee hanyalah sandiwara - Exco Pemuda UMNO
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu sepatutnya menjawab segala persoalan yang timbul termasuk soalan daripada polis kelak.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Rundingan kerusi PRU: UMNO bincang dengan Pas sahaja, tak campur PN - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata perbincangan tersebut akan diadakan tanpa melibatkan Perikatan Nasional (PN).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
Timbalan Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata buat masa ini, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Isu pembahagian kerusi Parlimen masih belum selesai - Mohd Amar
Walaupun hubungan antara ketiga-tiga parti berjalan baik, soal berkenaan masih belum mencapai kata putus.

Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri
Beliau berkata Melayu Bumiputera harus bersatu dalam menghadapi dunia politik yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Persidangan Parlimen: UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan
Shahril Sufian Hamdan berkata setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).