BAGAN DATUK:UMNO terus bertegas mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) disegerakan kerana mendakwa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh sehingga membimbangkan pelabur untuk datang ke negara ini.
Akur bahawa penularan COVID-19 perlu dielakkan, parti itu yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) jika PRU diadakan dalam waktu terdekat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini lebih 30 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, telah mengadakan pilihan raya umum ketika mereka berdepan penularan COVID-19.
"Kita tahu Amerika Syarikat terkesan daripada COVID-19 dengan begitu teruk, bukan hanya jumlah kematian, tetapi jumlah jangkitan yang besar. Namun mereka terus mengadakan pilihan raya dengan SOP yang mereka telah tetapkan dan saya fikir tentu SPR juga telah menetapkan SOP jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
"Kenapa pilihan raya harus diadakan? Kerana kita tahu bahawa kerajaan yang ada sekarang ni sebenarnya satu kerajaan yang sangat rapuh. Dengan bukti di Dewan Rakyat apabila pengundian bacaan kali ketiga Belanjawan kerajaan sekarang hanya memperolehi 111 undi," kata Ahmad Zahid.
Beliau ditemui selepas mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk pada Ahad.
Menurutnya, UMNO bimbang dengan hanya majoriti satu undi itu, pelabur asing tidak mahu melabur di negara ini.
Malah, dakwanya, terdapat pelabur yang telah memindahkan pelaburan mereka ke negara-negara lain yang lebih stabil.
Ahmad Zahid berkata, oleh kerana kerajaan yang ada sekarang tidak stabil, kerajaan mesti menyerahkannya semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jan 03 2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini lebih 30 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, telah mengadakan pilihan raya umum ketika mereka berdepan penularan COVID-19. - Gambar fail

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANIxGEMPAK | Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Betahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu berjudul Ternyata.

Operasi Automatik Jadi Pendorong Baharu Pelabuhan Tianjin
Pelabuhan Tianjin, pelabuhan terbesar di utara China dan pintu masuk maritim utama ke Beijing menerima suntikan semangat baharu dengan pelaksanaan sistem operasi automatik. Kini, kontena dari kapal kargo dianggkat secara automatik oleh kren dan diletakkan di atas trak tanpa pemandu yang boleh menavigasi pelabuhan itu dengan sendirinya.

Alam Sekitar | Air tercemar Loji Fukushima akan dilepaskan
Kerajaan Jepun meluluskan pelan untuk melepaskan lebih 1 juta tan air terawat dari Loji Nuklear Fukushima ke laut. Langkah tersebut mencetuskan bantahan dalam kalangan komuniti nelayan Jepun, selain daripada China dan Korea Selatan.

Ramadan | Rindu kampung halaman, realiti warga kota
Setiap kali memasuki bulan Ramadan, rata-rata masyarakat mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang. Namun dua tahun berlalu, rentas negeri masih dikuatkuasakan ekoran pandemik COVID-19.

China Promosi Hubei Secara Global
Kementerian Luar China menganjurkan promosi global khas untuk memperkenalkan Wilayah Hubei kepada dunia luar bertemakan "Heroic Hubei: Reborn for New Glories" di Beijing pada Isnin. Menurut kementerian itu, ia merupakan acara utama yang dirancang untuk kembali meningkat dan menghidupkan pertukaran serta kerjasama antara wilayah di tengah China itu dengan seluruh dunia.

Perkembangan COVID-19 di Malaysia (13 April 2021)

Bazar Ramadan | 2,500 peniaga bakal terima sagu hati
Lebih 2,000 peniaga terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian sagu hati kepada para peniaga.

COVID-19 | Penduduk Terengganu gesa SOP dikaji semula
Orang ramai di Terengganu memohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu diperketatkan bagi menggelak kemunculan kluster baharu. Kebimbangan ini susulan, Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R Naught) COVID-19 tertinggi ketika ini.

Politik identiti asas teras atau halangan kepada perpaduan nasional?
Politik identiti perlu menghormati dan mematuhi batasan yang sedia ada dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M
Dr Mahathir kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baru kepada Najib.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.

Tiada masalah hubungan Pas-UMNO-Bersatu di Kedah
Hubungan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri Kedah kekal berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun pelbagai isu yang timbul di peringkat nasional.

Ismail Sabri layak jadi tonggak UMNO dalam PN - Penganalisis politik
Melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah terbaik jika itu dapat menstabilkan politik negara.

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.