KUALA LUMPUR: Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, jika tidak, kerajaan ini akan terus kekal sehingga Dewan Rakyat dibubarkan atau selagi mendapat majoriti Ahli Parlimen sendiri.
"Saya melihat semalam selepas UMNO menyatakan tidak mahu bekerjasama tetapi akan kekal dalam kerajaan PN memberi isyarat bahawa hanya dalam PRU15 sahaja mereka tidak akan bekerjasama, tetapi sehingga kerajaan ini berlangsung sehingga dibubarkan Parlimen, UMNO memberi jaminan mereka akan bersama dengan Bersatu dalam kerajaan PN ini.
"Maka sudah pasti saya rasakan kerajaan ini akan kekal sehingga tempoh pembubaran, bagaimanapun ia bergantung juga kepada impak balas daripada PN itu sendiri," katanya semasa sidang video pada Jumaat.
BACA: MKT UMNO sahkan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15
BACA: Henti main wayang kulit, putuskan segera hubungan dengan PN - Ku Li
Pada Khamis, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengesahkan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam satu kenyataan, Ahmad berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MKT di Janda Baik, 19 Februari lepas, seperti yang dilaporkan beberapa media.
Dalam pada itu kata Dr Mazlan, pengumuman Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu menggambarkan keputusan MT tidak mendapat sokongan ahli parti.
Ujarnya, ia sekali gus reaksi berbeza dan membuktikan UMNO sebuah parti yang sedang mengalami perpecahan.
Astro Awani
Fri Mar 05 2021

Kata Dr Mazlan, pengumuman Shahidan akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu menggambarkan keputusan MT tidak mendapat sokongan ahli parti. - Astro AWANI

Hilang Kepercayaan | Bersatu perak siasat video tular
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menyiasat video yang tular kononnya beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Larut hilang kepercayaan terhadap Ketua Bahagian mereka.

Langgar SOP | Bazar Ramadan Batu Buruk dalam pemantauan PBT
Bazar Ramadan Batu Buruk kini dalam pemantauan pihak berkuasa kerana masih belum mencapai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memuaskan.

Gagal Patuh SOP | Penganjur bazar Ramadan dikenakan notis amaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis amaran kepada dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam operasi pemantauan petang Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor notis berkenaan dikeluarkan selepas mereka gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Isu Pembayaran | Dua lelaki ditahan gaduh luar restoran
Polis menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di Ipoh selepas ia tular di media sosial pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan kerana isu pembayaran makanan.

Kenderaan Terbabas | Nash cedera langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa. Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Kompaun | Bukan tindakan menganiaya
Kompaun 1,500 ringgit terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak bukan untuk menganiayai mereka.

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tangguh pemilihan punca jajaran baru UMNO,PH - UMNO Gerik
Penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pemuda UMNO Perak bantu pelajar Kolej Matrikulasi dikompaun RM1,500
Pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma dan akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pihak pelajar berkenaan.

Tiada PM Bersatu jika tiada 'Kluster Mahkamah' UMNO - Ahmad Jazlan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada 'Kluster Mahkamah' UMNO.

'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.

MCA 'kunci mulut' soal agihan kerusi PRU15
MCA mengunci mulut berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin harus beri perhatian usaha perangi jenayah - Pemuda UMNO
Perdana Menteri harus ambil perhatian dalam isu campur tangan menteri dalam urusan polis yang timbul kebelakangan ini.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 April 2021.

PRU15: Pas tangguh rundingan sementara UMNO selesaikan masalah dalaman - Abdul Hadi
Pada masa sama, kata Abdul Hadi, pihaknya masih mempunyai hubungan baik dengan parti terbesar Melayu itu.

Kerjasama PH: Bincang dengan Ahli Parlimen tertentu, bukan parti - Anwar
Pakatan Harapan (PH) tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi.