awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti main wayang kulit, putuskan segera hubungan dengan PN - Ku Li

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2021
01:15 MYT
Henti main wayang kulit, putuskan segera hubungan dengan PN - Ku Li
KU LI: Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli UMNO yang berada dalam kerajaan dan GLC, tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti UMNO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO digesa berhenti 'main wayang kulit' dan memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan segara.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO segera bermesyuarat dan meminda keputusan mahu bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.
"Silap perhitungan, putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tidak ada faedah dan tidak ada kesan!
"Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli UMNO yang berada dalam kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), (Tan Sri) Muhyiddin Yassin sudah ugut hendak buang kita, tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti UMNO," katanya.
Pada Khamis, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kandungan surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu mempunyai implikasi yang besar terhadap kerjasama di antara UMNO, Bersatu dan PN di masa hadapan.
BACA: Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO, beri implikasi besar terhadap kerjasama politik
Berikutan itu, katanya, Bersatu memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam PN iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerajan berlandaskan perjuangan yang jujur dan iklhas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang.
Topic Berkaitan
#Ku Li
#UMNO
#PN
#wayang kulit
#putuskan hubungan
#Hamzah Zainudin
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan