SISTEM demokrasi adalah sebuah sistem yang mendapat tempat di kebanyakan negara namun mempunyai tafsiran dan kaedah pelaksanaan yang berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain.
Secara umumnya, demokrasi adalah sebuah tatacara pemerintahan yang berdasarkan suara rakyat yang diterjemahkan melalui undian kepada calon yang difikirkan layak.
Walau bagaimanapun, tafsiran demokrasi yang berbeza antara negara telah menyebabkan wujudnya pelbagai sistem sama ada yang berbentuk republik mahupun dual sistem.
Sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia menyesuaikan demokrasi dengan nilai-nilai tradisi yang terdapat di negara ini iaitu Islam dan institusi beraja.
Bukan sahaja Malaysia, namun setiap negara dalam sistem antarabangsa juga menyesuaikan sebarang sistem sama ada demokrasi, komunisme mahupun monarki mutlak dengan nilai-nilai tradisi negara masing.
Sebagai contoh, komunisme di China berbeza dengan komunisme di Kesatuan Soviet pada satu ketika dahulu sehingga menyebabkan kedua-dua negara, sekalipun menganut sistem yang sama, berselisih dan bertelagah dalam pelbagai perkara. Begitu juga dengan dua sekutu rapat iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Walaupun bersekutu dalam banyak hal, namun corak demokrasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah negara berbeza di antara satu sama lain yang mana Amerika Syarikat mengamalkan corak demokrasi berpresiden manakala Britain mengamalkan corak demokrasi monarki.
Sistem politik di sesebuah negara mempunyai peranan yang cukup penting dalam memberikan kestabilan, keharmonian, kemakmuran seterusnya melestarikan kelangsungan kedaulatan sesebuah negara itu.
Sekiranya keadaan politik di sesebuah negara tidak stabil dan huru hara, maka ia akan menggugat tatanan kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Maka, sewajarnya untuk melahirkan sebuah negara yang bahagia, berdaya saing dan maju, politik seharusnya stabil dan kukuh tanpa ada sebarang rampasan kuasa, lompat parti mahupun perletakan jawatan secara sengaja untuk memberikan laluan kepada individu lain.
Sesebuah negara hanya akan maju dan berdaya saing jika mempunyai pemimpin dan ahli politik yang mempunyai keikhlasan berjuang demi negara.
Pasca Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada tahun 2018 memperlihatkan pelbagai situasi politik yang tidak pernah dialami oleh negara semenjak merdeka.
Bermula dengan kejatuhan Barisan Nasional sebagai parti kerajaan dan digantikan dengan Pakatan Harapan, pengunduran parti-parti komponen Barisan Nasional yang kemudiannya menyertai Pakatan Harapan atau bergerak secara sendiri, lompat parti oleh ahli-ahli yang berhormat, pengosongan kerusi parlimen secara sengaja, pertuduhan mahkamah kepada sebahagian besar ahli-ahli politik dengan berbagai tuduhan salah laku dan penyelewengan, peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, kejatuhan Pakatan Harapan sebagai parti kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14, pembentukan kerajaan yang rapuh, kekacauan politik yang menjurus perletakan jawatan Perdana Menteri ke-8 dan kembalinya wakil UMNO menduduki kerusi Perdana Menteri ke-9 adalah situasi yang menggambarkan betapa keadaan politik Malaysia berada dalam keadaan yang sangat gawat dan tidak stabil.
Tiga orang Perdana Menteri silih berganti di dalam satu penggal adalah manifestasi betapa keadaan politik Malaysia dewasa ini berada di dalam keadaan yang genting dan gawat.
Oleh kerana itu, sosialisasi dan literasi politik perlu diperluaskan kepada masyarakat agar sistem demokrasi digunakan dengan sebaiknya dengan memilih parti dan calon yang berkebolehan dan berintegriti. Persoalannya, pilih parti atau calon?
Segelintir dari kita pasti mempunyai ideologi dan kecenderungan masing-masing, maka secara tidak langsung mempunyai nilai romantis kepada sesebuah parti atau pemimpin tertentu, apatah lagi parti politik tersebut telah lama wujud di dalam sistem politik negara kita.
Namun, romantisme yang berdasarkan sejarah dan budi perlu diketepikan kerana sesebuah parti hanya akan berfungsi dengan cemerlang sekiranya ia digerakkan oleh pemimpin-pemimpin yang berkebolehan dan berintegriti.
Pemimpin datang dan pergi, begitu juga dengan keberkesanan sesebuah parti politik. Kerana ia bergantung dengan sejauh mana seseorang individu pemimpin itu menggerakkan parti tersebut demi kesejahteraan negara.
Sebaik mana pun dasar perjuangan sesebuah parti jika ia digerakkan oleh individu atau kumpulan yang korup, maka parti tersebut tidak akan mampu berperanan dengan baik sekaligus menghakis kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut.
Keadaan politik dewasa ini menuntut kita sebagai masyarakat untuk benar-benar faham dan bijak menilai siapakah yang wajar memimpin negara agar tidak jatuh ke jurang kebinasaan.
Demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin, namun demokrasi juga hadir bersama-sama cabaran kepada rakyat untuk bijak memilih tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen dan romantisme sejarah sesebuah parti.
Setiap individu rakyat perlu bijak mengetahui dan menilai seseorang calon terlebih dahulu sebelum parti kerana calon yang akan memenangi pilihan raya akan menjalankan dasar-dasar parti sekaligus memberikan khidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
Calon yang berkebolehan dan berintegriti pasti seorang individu yang mempunyai jati diri yang ampuh, maka tidak mudah atau mustahil bagi calon tersebut apabila memenangi pilihan raya akan meninggalkan perjuangan utamanya iaitu menjaga kepentingan masyarakat yang diwakilinya.
Pemimpin yang mempunyai jati diri yang ampuh dan berintegriti juga tidak akan menjadikan dirinya sebagai bahan komoditi untuk dijual beli kerana baginya amanah pemilih yang mengangkat dirinya sebagai pemimpin adalah perkara yang menjadi keutamaan, bukan kepentingan tembolok diri sendiri dan kroni.
Bak kata pantun Melayu lama:
Kalau mencari tempat mandi
pertama teluk, kedua pantai
Kalau mencari pemimpin sejati
Pertama elok, kedua pandai
Untuk mencari pemimpin sejati perlu melihat perwatakan, budi bahasa dan akhlak yang baik. Pemimpin yang mempunyai sejatah salah laku perlu diketepikan sekalipun mereka telah lama berada di dalam landskap politik negara.
Kebijaksanaan pemimpin juga perlu dinilai dengan sebaiknya oleh masyarakat dengan melihat tahap pendidikan yang merangkumi akademik dan negara.
Melalui pendidikan, seseorang itu mempunyai kebarangkalian memiliki tahap moral yang tinggi kerana itu adalah tujuan bagi pendidikan.
Pendidikan bukan untuk menghasilkan indvidu yang bijak namun jauh lebih itu adalah melahirkan individu yang berakhlak.
PRU15 kemungkinan besar bakal menjelma tahun hadapan. Adakah kita telah bersedia menjadi “tangan-tangan” yang akan memberikan kebaikan kepada negara atau “tangan-tangan” yang akan membinasakan negara?
Jangan tepuk dada tanya selera, kerana selera hanya akan mengutamakan apa yang nafsu inginkan, namun tanyalah akal kerana akal yang rasional akan memandu kita untuk memilih pemimpin-pemimpin yang terbaik kepada negara yang kita cintai.
Kita pernah mempunyai pengalaman menukar kerajaan, kini kita juga perlu menukar sudut pandang kita tanpa dipenagruhi oleh sentimen dan romantisme sejarah kepartian.
Sekali lagi ditegaskan, memilih calon yang terbaik akan memaksa sesebuah parti mengutamakan calon yang dikehendaki rakyat bukan atas dasar senioriti mahupun kehendak warlord politik. Tanggungjawab terletak kepada kita sebagai rakyat Malaysia!
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan penganalisis sosial.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Sat Oct 02 2021
PRU15 kemungkinan besar bakal menjelma tahun hadapan. Adakah kita telah bersedia menjadi 'tangan-tangan' yang akan memberikan kebaikan atau binasakan negara? - Astro AWANI
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran
Syed Muhammad Imran turut menafikan hubungan antara Muhyiddin, dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam keadaan tidak baik.
Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Hajiji tumpu bantu rakyat, tidak mahu buang masa cakap politik
Hajiji sedar ada yang tidak menyukai dan mengkritiknya, namun sebagai Ketua Menteri usaha memajukan Sabah serta membantu rakyat lebih utama.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan mulakan 'Perjalanan Keadilan' sejauh 6,200km
Badan pembuat keputusan tertinggi parti Indian National Congress mahu Rahul menjelajah negara itu dari timur ke barat.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.