UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Politik Melaka: 'Biarlah UMNO bertanding dengan panji BN secara solo' - Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional tidak dapat direalisasikan dalam PRN negeri Melaka.

Fareez Azman
Wed Oct 13 2021
Politik Melaka: 'Biarlah UMNO bertanding dengan panji BN secara solo' - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: "Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan InsyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik."
MELAKA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan kelak.

Perkara itu dimaklumkannya dalam sebuah program bual bicara bertajuk 'Jawab, Saya Tanya' bertajuk 'PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?' pada Selasa malam.

"Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil yang pernah diadakan.

"Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan InsyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik," kata Ahmad Zahid.

Tambah Ahmad Zahid, sebagai ahli politik, beliau tidak pernah kecewa meskipun dikhianati.

"Saya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahawa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.

"Cukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali. Tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak.

"Saya fikir itu harus dinilai semula," katanya lagi.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka Bergolak: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - PM

Mengulas lanjut berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Presiden UMNO itu beliau menghormati keputusan dan ketetapan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

"Ketetapan telah dibuat dan saya sebagai Presiden menghormati bahawa di dalam PRU-15 nanti kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

"Saya fikir itulah kehendak di kalangan ahli-ahli UMNO dan kepimpinan UMNO di seluruh negeri Melaka.

"Saya harap mereka yang mendengar apa yang saya nyatakan ini, adalah ekoran daripada suara hati dan suara hati politik mereka," katanya lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebelum ini dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, PRN perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.
 
Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

#UMNO#Bersatu#Muafakat Nasional
Arab Saudi lancar inisiatif iklim berjumlah AS$10.4 bilion

Arab Saudi lancar inisiatif iklim berjumlah AS$10.4 bilion

Kerajaan Arab Saudi akan berusaha untuk mewujudkan pusat amaran awal ribut serantau.
Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar

Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar

Mohamed Azmin seperti tidak menghormati hal ehwal dalaman dan semata-mata melancarkan perang psikologi dan berusaha melaga-lagakan supaya dilihat berpecah belah.
HONOR 50 5G | Siri terbaik HONOR bagi pengalaman vlog pengguna!

HONOR 50 5G | Siri terbaik HONOR bagi pengalaman vlog pengguna!

Seiring dengan era digital dan permintaan terhadap penciptaan kandungan, pengeluar telefon pintar terkemuka, HONOR kini melancarkan HONOR 50 5g khusus bagi menawarkan pengalaman vlog terbaik kepada peminat jenama itu.
[TERKINI] Sidang Media Secara Maya Berkenaan Pengumuman Status Terkini Banci Malaysia 2020

[TERKINI] Sidang Media Secara Maya Berkenaan Pengumuman Status Terkini Banci Malaysia 2020

Ikuti sidang media secara maya berkenaan pengumuman status terkini banci Malaysia 2020 oleh Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Gangguan seksual: Bukan persoal motif Pandelela, saya cuma mahu tahu perincian - Ahmad Faizal

Gangguan seksual: Bukan persoal motif Pandelela, saya cuma mahu tahu perincian - Ahmad Faizal

Ahmad Faizal mahu dapatkan perincian yang menyebabkan timbul semula pendedahan terrbabit, serta status terkini siasatan yang berjalan.
ASEAN mula bersidang, antara agenda utama COVID-19 dan pemulihan ekonomi

ASEAN mula bersidang, antara agenda utama COVID-19 dan pemulihan ekonomi

Ia dijangka membincangkan beberapa isu termasuk mengukuhkan lagi daya tahan Komuniti ASEAN ke arah pemulihan serantau daripada pandemik.
Parlimen: Malaysia terpilih lakukan kajian klinikal vaksin Sinovac bagi kanak-kanak bawah 12 tahun

Parlimen: Malaysia terpilih lakukan kajian klinikal vaksin Sinovac bagi kanak-kanak bawah 12 tahun

Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal fasa III vaksin Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
AS gantung bantuan US$700 juta kepada Sudan selepas rampasan kuasa tentera

AS gantung bantuan US$700 juta kepada Sudan selepas rampasan kuasa tentera

Penangkapan pegawai kerajaan awam dan pemimpin politik lain, termasuk Perdana Menteri Abdalla Hamdok, menjejaskan proses peralihan negara.
Berbaju Melayu di Dewan Rakyat, nak menikah ke?

Berbaju Melayu di Dewan Rakyat, nak menikah ke?

"Timbalan Menteri (MOHR) pakai baju kebangsaan, baju Melayu nak menikah ke?" Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim senyum tersipu malu apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berseloroh dengan beliau.
Pendedahan Pandelela: Faizal Azumu beri penjelasan di Dewan Rakyat

Pendedahan Pandelela: Faizal Azumu beri penjelasan di Dewan Rakyat

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan isu-isu yang dibangkitkan atlet, selain siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan.
Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar

Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar

Mohamed Azmin seperti tidak menghormati hal ehwal dalaman dan semata-mata melancarkan perang psikologi dan berusaha melaga-lagakan supaya dilihat berpecah belah.
Isu kapal peronda: Ahmad Zahid beri keterangan kepada PAC

Isu kapal peronda: Ahmad Zahid beri keterangan kepada PAC

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjawat jawatan Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013, telah memberikan penjelasan hampir dua jam berhubung isu itu.
Najib arah Zahid Hamidi lanjut kontrak UKSB - Saksi

Najib arah Zahid Hamidi lanjut kontrak UKSB - Saksi

Mahkamah Tinggi diberitahu Ahmad Zahid mengikut arahan Najib supaya melanjutkan kontrak syarikat UKSB sebagai pengendali tunggal sistem VLN ke Malaysia di China. - Gambar fail
PRN Melaka: UMNO gerak jentera dari seluruh negara - Zahid

PRN Melaka: UMNO gerak jentera dari seluruh negara - Zahid

UMNO akan menggerakkan jentera seluruh negara bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
PRN Melaka: Tidak akan ada kerjasama UMNO dan Bersatu - Presiden UMNO

PRN Melaka: Tidak akan ada kerjasama UMNO dan Bersatu - Presiden UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu.
Perbicaraan Zahid Hamidi: Pendakwaan tidak sebut hotel di Bali dalam pertuduhan asal - Peguam

Perbicaraan Zahid Hamidi: Pendakwaan tidak sebut hotel di Bali dalam pertuduhan asal - Peguam

Hisyam berkata, usaha pendakwaan itu adalah semata-mata untuk membentuk naratif sendiri, tidak relevan, serta tidak masuk akal.
PRN Melaka: Kerjasama dengan parti lain dimuktamad awal bulan depan - Zahid Hamidi

PRN Melaka: Kerjasama dengan parti lain dimuktamad awal bulan depan - Zahid Hamidi

Ahmad Zahid berkara itu akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Dewan Tertinggi BN sebelum diputuskan.
PRN Melaka: 'Semua kerusi DUN adalah kawasan panas' - Zahid

PRN Melaka: 'Semua kerusi DUN adalah kawasan panas' - Zahid

Ujar Presiden UMNO itu, PRN Melaka bakal menyaksikan satu landskap politik baharu yang dilakarkan berdasarkan situasi politik semasa.
PRN Melaka: UMNO bincang calon dengan Zahid selepas pelancaran jentera BN hari ini - Ab Rauf

PRN Melaka: UMNO bincang calon dengan Zahid selepas pelancaran jentera BN hari ini - Ab Rauf

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata saringan calon masih dibuat di peringkat bahagian dan senarai pendek belum diperincikan.
Zahid tahu tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi sejak 2014 - Pendakwaan

Zahid tahu tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi sejak 2014 - Pendakwaan

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya mengetahui tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sejak 2014.