PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa telah dihalang menggunakan fasiliti kerajaan, sehingga menyukarkannya berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya.
Beliau mendakwa, terdapat arahan kerajaan negeri yang memaksa beliau dan dua lagi bekas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) untuk memulangkan kenderaan rasmi serta menghalang mereka menggunakan pusat khidmat masyarakat.
Dakwanya lagi, ADUN yang lain tidak dilayan sedemikian, seolah-olah menunjukkan sikap berat sebelah kerajaan negeri.
“Bila tak ada wakil rakyat, tak ada Exco, kita masih ada fasiliti kerajaan, seperti di Melaka kita ada pusat khidmat masyarakat... itu tidak bagi kita masuk, dan (mereka) nak ambil balik.
“Kereta rasmi itu kita boleh pulangkan. Tapi tiga mantan Exco ini terpaksa pulangkan kenderaan rasmi Exco... dan juga (tak dibenar guna) pusat khidmat masyarakat… yang enam (Exco) lagi tak pulangkan macam bapa dia punya," dakwanya pada sidang media di sini, malam ini.
Turut hadir, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin; Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan ADUN Telok Mas, Datuk Nor Effandi Ahmad.
Difahamkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga ADUN Sungai Udang sepatutnya menyertai sidang media berkenaan, namun beliau tidak muncul.
Dalam pada itu, Shamsul Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya mendakwa, tindakan kerajaan negeri terhadap ketiga-tiga bekas Exco itu seolah-olah mereka adalah ‘enemy of the state’.
“PKR berpegang kepada prinsip justice, kalau pembubaran itu berlaku, sewajarnya tak ada lagi mana-mana wakil rakyat, Exco, yang terus guna fasiliti kerajaan. Tetapi jangan layan mantan ini sebagai enemy of the state.
“Ini prinsip manusiawi, ikut dan hormat, dan jangan anggap mereka tak ada langsung jasa kepada kerajaan Melaka,” dakwanya lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata, PKR berharap agar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dapat melihat dan meneliti arahan di peringkat negeri, dan jangan ada lagi arahan seperti menghukum, menghina, dan membuli mantan Exco dan wakil rakyat.
Firdaus Azil
Thu Oct 07 2021
Norhizam Hassan mendakwa, ADUN yang lain tidak dilayan sedemikian, seolah-olah menunjukkan sikap berat sebelah kerajaan negeri. - Gambar fail
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.