Politik parti Pas yang membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya agama Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya perbuatan Pas itu tidak boleh dimaafkan di mana sebelum ada parti tersebut, orang Melayu tidak berpecah kerana agama.
"Hanya apabila Pas ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga PAS juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang 'kafir'," katanya menerusi catatan terkininya di blog Chedet.
Bagaimanapun, beliau berkata Pas mendakwa parti itu tidak jadi 'kafir' meskipun bekerjasama dengan parti 'kafir' kerana kerjasama tersebut adalah "Tahaluf Siyasi".
"Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke Bahasa Melayu? Maknanya ialah "kerjasama politik" dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata bahasa Arab (Bahasa al-Quran) jelas diguna untuk mengislamkan kerjasama Pas dan orang 'kafir'.
Beliau berkata penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama daripada ajaran Islam di kalangan anggota Pas dan oleh demikian mereka sanggup bermusuh dengan orang Islam lain walaupun al-Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara.
"Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang," tambah beliau.
Dr Mahathir berkata ramai lagi anggota parti itu yang masih taksub dengan Pas dan ajarannya walaupun sebahagian anggota sudah meninggalkan Pas.
"...dan perpecahan yang mendalam di kalangan orang Melayu adalah berterusan. Dia akan berterusan selagi Pas menyalahtafsir dan menyalahguna ajaran Islam.
"Inilah sebabnya yang saya tentang Pas," kata perdana menteri.
Dr Mahathir berkata jelas bahawa Pas memecahbelahkan orang Melayu Islam dengan amat mendalam dan sehingga ke hari ini, masih ada sembahyang berjemaah berasingan di masjid yang sama.
Beliau turut berkata tiada ulama di Malaysia yang berani mendakwa bahawa pengkafiran orang bukan Pas adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam.
"Pegawai-pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam juga membisu seribu bahasa," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Katanya perbuatan Pas itu tidak boleh dimaafkan di mana sebelum ada parti tersebut, orang Melayu tidak berpecah kerana agama.
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
AWANI Borneo [15/05/2024] - Hab penerbangan serantau | Jana RM1.67 bilion | Lebuh Raya Pan Borneo
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu
Jepun kekal pengimport utama hasil kayu Sarawak
LPB Sarikei & Bintulu Dijangka Siap Suku Ketiga 2024
Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu
Jepun kekal pengimport utama hasil kayu Sarawak
LPB Sarikei & Bintulu Dijangka Siap Suku Ketiga 2024
[TERKINI] Tiada perbincangan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sekali lagi menegaskan bahawa isu kemasukan pelajar bukan bumiputera di UiTM tidak dibincangkan dalam mana-mana mesuarat di peringkat kementerian mahupun kabinet.
Sektor pembuatan rekod RM2.4 bilion suku pertama 2024
Sektor pembuatan Sarawak merekodkan pelaburan bernilai RM2.4 bilion bagi pelaksanaan 30 projek pada suku pertama tahun ini dan dijangka mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
AS berminat bekerjasama dengan Sarawak
Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata, beliau melihat perkara itu dapat direalisasikan berikutan Sarawak mempunyai potensi besar dalam sektor berkenaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bagi menampung kapasiti lebih besar penerbangan komersial dan kargo ke pintu masuk wilayah itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak umum hasil kajian penyelarasan gaji penjawat awam dalam waktu terdekat
Sarawak akan mengumumkan hasil kajian bagi penyelarasan gaji penjawat awam dalam waktu terdekat selaras kenaikan gaji di peringkat persekutuan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak peroleh pendapatan RM10 bilion pada 2023
Penyertaan dalam sektor minyak dan gas terbukti tindakan tepat bagi sarawak, apabila sektor itu menyumbang RM10 bilion kepada wilayah itu tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Industri CCUS 'lubuk kewangan' baharu Sarawak
Bagi meningkatkan lagi pendapatan, Sarawak telah memulakan penglibatan dalam industri CCUS atau pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LPB Sarikei & Bintulu Dijangka Siap Suku Ketiga 2024
Dua skop tersebut merangkumi pembinaan jejambat sepanjang lebih kurang 1 kilometer (km) di Bukit Song dan penjajaran semula jalan sepanjang 4 km bagi mengelak sesalur air Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Dr Mahathir gesa kerajaan usir Lockheed Martin, BAE Systems dari Malaysia
Dr Mahathir mendakwa Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata yang besar kepada rejim Zionis untuk menyerang Palestin.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).