awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Perak: UMNO serah nama calon MB, Ahmad Zahid optimis cukup majoriti

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/12/2020
03:16 MYT
Politik Perak: UMNO serah nama calon MB, Ahmad Zahid optimis cukup majoriti
AHMAD ZAHID: Saya amat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi. -Bernama
IPOH:Presiden UMNO optimis calon Menteri Besar Perak yang baharu daripada UMNO mempunyai sokongan majoriti.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin sokongan yang diperoleh lebih daripada mencukupi.
“Itulah yang kita telah persembahkan.
"Saya amat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi," kata Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid dipanggil menghadap Sultan Perak dan tiba di Istana Kinta sekitar jam 9.50 pagi disusuli Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad selang beberapa minit kemudian.
Pada majlis menghadap yang berlangsung selama lebih 30 minit itu, Ahmad Zahid telah menyembah maklum nama calon Menteri Besar dari UMNO untuk pertimbangan Sultan Nazrin.
Sekiranya Sultan Nazrin berpuas hati dan perkenan untuk melantik individu tersebut, berkemungkinan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Ke-14 akan berlangsung di Istana Islandariah, Kuala Kangsar petang ini atau pagi esok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dikatakan antara individu yang akan menduduki kerusi Menteri Besar Perak Ke-14.
Ia selepas semua ADUN UMNO Perak secara konsensus menamakan Saarani sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Namun, pengesahan dan perincian berkenaan nama-nama calon Menteri Besar hanya akan diketahui selepas istana mengeluarkan kenyataan rasmi.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UMNO
#Sultan Perak
#Menteri Besar Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan