awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPBM akan menang PRU14 - Mukhriz

Hilal Azmi
Hilal Azmi
14/01/2017
18:40 MYT
PPBM akan menang PRU14 - Mukhriz
Mukhriz:Saya yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada kita akhirnya - Foto Astro AWANI
Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) percaya mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 dan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baharu.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya optimis dengan impian tersebut hanya jika rakyat sanggup mengorbankan kepentingan jangka pendek dan mahu bersama-sama mengembalikan kegemilangan negara.
"Saya yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada kita akhirnya.
“Melakukan perkara yang sama berulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza atau lebih teruk lagi kalau kita tewas kepada dedak, maka itu semua hanya mimpi Mat Jenin semata-mata.
“Angan-angan yang tak akan menjadi nyata. Hidup kita semakin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa,” katanya sempena Majlis Pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.
Pada majlis tersebut, ibunya Tun Dr Siti Hasmah mengetuai koir yang menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PPBM bertajuk 'Perjuangan Kita' semasa majlis bermula.
Topic Berkaitan
#Mukhriz Mahathir
#Parti Peribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan