awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PR perlu utama matlamat bersama bukan parti individu - DAP

Bernama
Bernama
14/12/2014
07:26 MYT
PR perlu utama matlamat bersama bukan parti individu - DAP
Kegagalan untuk mengutamakan perjuangan bersama akan menggugat kesepakatan pakatan itu dan peluang mereka pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata DAP. - Gambar Fail
Pakatan Rakyat perlu mengutamakan matlamat politiknya yang menyeluruh berbanding matlamat parti masing-masing, kata Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai.
Mengakui sememangnya ada perbezaan ideologi dalam kalangan parti-parti pembangkang itu, katanya, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi .
Katanya kegagalan untuk mengutamakan perjuangan bersama akan menggugat kesepakatan pakatan itu dan peluang mereka pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Formula Pakatan Rakyat itu terbukti berkesan. Rakyat Malaysia telah memberikan kita peluang. Peluang ini belum tentu akan datang lagi pada masa hadapan," katanya dalam ucapan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Subang Jaya, hari ini.
Tan berkata DAP juga akan terus konsisten dengan ideologi Sosial Demokrasi yang jelasnya menekankan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia serta mempertahan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan parti.
Persidangan yang dihadiri 938 perwakilan itu turut meluangkan masa seminit bertakafur untuk mengingati tiga pemimpin parti itu yang meninggal dunia tahun ini.
Mereka ialah bekas pengerusi kebangsaan Karpal Singh, bekas pengerusi Sarawak Wong Ho Leng dan bekas Anggota Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng.
Topic Berkaitan
#DAP
#Lim Guan Eng
#Pakatan Rakyat
#PR
#Tan Kok Wai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan