awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PR pernah namakan calon lain - Khalid

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
27/08/2014
07:06 MYT
PR pernah namakan calon lain - Khalid
Khalid berkata Pakatan telah memberikan lebih dari satu nama pada PRU 2008 dan 2013. - Gambar Fail
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat ada menamakan lebih daripada seorang calon untuk jawatan Menteri Besar.
Jelasnya, nama tersebut dihantar selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta pada tahun 2008.
Perkembangan terbaru itu bercanggah dengan kenyataan Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Apa yang saya katakan adalah tidak dilaporkan dengan betul. Tidak ada yang dikatakan satu nama, sebab persetujuan dengan pihak istana adalah lebih daripada satu nama untuk diserahkan kepada pihak mereka.
"Pakatan telah memberikan lebih daripada satu nama pada 2008 dan 2013 sebagai calon tambahan selain saya dalam surat yang berbeza," kata Khalid.
Pada Selasa, Pakatan Rakyat dalam kenyataannya memaklumkan DAP dan Keadilan hanya meletakkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Khalid turut difahamkan yang Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat nama calon tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Saya difahamkan surat sudah dihantar pada hari ini, jadi saya mengharapkan pihak istana tidak menghantar salinan kepada saya, itu sahaja. Sebab saya tidak mahu tahu apa-apa juga informasi."
Khalid ditemui selepas mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Shah Alam.
Topic Berkaitan
#Khalid Ibrahim
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan