awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden UMNO, lepaslah jawatan... - Pemuda Kedah

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2018
08:05 MYT
Presiden UMNO, lepaslah jawatan... - Pemuda Kedah
Demi kebaikan parti, Ahmad Zahid diminta berundur sekarang. - Gambar fail
Demi kebaikan parti sila letak jawatan.
Desakan itu disuarakan Pemuda UMNO Alor Setar mendesak Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur daripada jawatan itu demi survival parti keramat Melayu berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, di mana Pemuda bahagian itu meminta Ahmad Zahid berjiwa besar dan berkorban demi kelangsungan dan hala tuju parti supaya ia dapat terus bergerak ke hadapan dengan kuat.
Pemuda UMNO Alor Setar membawa suara ini hasil pendapat akar umbi di bawah yang semakin gelisah dengan krisis yang sedang melanda parti ketika ini.
Jelas Syed Mohd Johan, parti perlu diselamatkan dengan langkah yang berani dan tegas, bukannya bersembunyi di belakang parti seperti perisai untuk kes peribadinya.
"Malah, wujud perundingan pintu belakang yang jijik dan memualkan akar umbi serta rakyat malah ia jauh menyimpang dari resolusi parti di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2018," katanya.
Beliau berkata, sejak dari memangku jawatan Presiden sehingga dilantik menjadi Presiden, tidak kelihatan apa usaha bersungguh-sungguh beliau menyuntik semangat ahli, apatah lagi hala tuju parti yang sebenar.
Pada Khamis, Pemuda UMNO Sabah turut mendesak supaya Ahmad Zahid segera meletakkan jawatan kerana didakwa hilang penguasaan terhadap parti dan tidak lagi dihormati oleh pemimpin dan ahli.
Topic Berkaitan
#Melayu
#Perhimpunan Agung UMNO 2018
#presiden
#rakyat
#Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan