POLITICS
PRK Ayer Kuning: 92.6 peratus tunai tanggungjawab undi awal setakat 2 petang

Anggota polis menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena PRK DUN Ayer Kuning, di Dewan Anggerik Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini. - Foto Bernama
TAPAH: Sebanyak 92.6 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning setakat 2 petang hari tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ringkasan AI
- Sebanyak 92.6% pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang, melibatkan dua pusat pengundian utama di Bidor dan Tapah.
- PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya dan menyaksikan pertandingan antara calon BN, PN, dan Parti Sosialis Malaysia.
- Pengundian awal melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka, dengan pusat pengundian ditutup pada waktu berbeza.
Proses pengundian awal di tiga saluran itu melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.
PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami