POLITICS
PRK Ayer Kuning: Kelesuan politik belia cabaran BN kuasai majoriti tinggi - Ilham Centre

Calon Barisan Nasional, Dr Yusri Bakir menemui penduduk tempatan ketika proses berkempen bagi PRK DUN Ayer Kuning. -Gambar fail/Bernama
TAPAH: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning semakin dirasai dengan hari mengundi jatuh pada Sabtu, selepas tamat tempoh 14 hari berkempen.
Ringkasan AI
- PRK DUN Ayer Kuning dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN), tetapi cabaran utama adalah mencapai sasaran majoriti 18,000 undi, dengan Perikatan Nasional (PN) menggunakan kempen agresif.
- BN dan Pakatan Harapan (PH) lebih bertahan, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) menumpukan isu kebajikan pekerja ladang, yang mungkin menarik undi segmen tertentu.
- Sikap pengundi muda yang kurang aktif dan pola pengundian majoriti senyap menambah ketidakpastian terhadap keputusan akhir PRK ini.
"Jika diperhatikan PN menggunakan isu tempatan berbaur perkauman untuk meraih simpati pengundi Melayu.
"Manakala BN dan Pakatan Harapan (PH) lebih banyak bertahan dari menyerang, seperti memanfaatkan sentimen nostalgia bekas guru tempatan bagi calon BN, Dr Yusri Bakir yang dikenali ramai dalam masyarakat.
"Selain itu, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS pula menumpukan masalah peluang pekerjaan dan kebajikan pekerja ladang khusus kepada masyarakat India, jadi undi juga boleh dicuri dari segmen ini," jelas Ilham Centre.
Seterusnya, satu lagi cabaran dalam PRK ini adalah sikap pengundi muda yang tidak lagi teruja atau aktif menyertai kempen secara fizikal.
Dalam konteks ini, anak muda Melayu kekal sebagai kumpulan pengundi kritikal terhadap BN, meneruskan sentimen negatif yang memberi lonjakan besar kepada PN semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.
Fenomena ini menyebabkan pola pengundian majoriti senyap semakin sukar dibaca, menambah ketidakpastian terhadap keputusan akhir PRK Ayer Kuning.
Seramai 31,315 pengundi berdaftar dijangka menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Sabtu, sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami