awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Rantau diadakan jika tiada rayuan

Bernama
Bernama
16/11/2018
09:53 MYT
PRK DUN Rantau diadakan jika tiada rayuan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata di bawah undang-undang, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia menerima perakuan tersebut. -foto BERNAMA
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau hanya akan diadakan jika tiada rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Seremban yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas sebagai batal dan tidak sah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata ini berikutan keputusan mahkamah itu untuk tidak memberi perakuan keputusan tersebut sehingga tamat tempoh 14 hari bermula hari ini untuk mana-mana pihak mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Pilihan Raya Kecil (PRK) hanya akan diadakan sekiranya tiada rayuan atau proses rayuan di Mahkamah Persekutuan telah selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Azhar berkata di bawah undang-undang, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia menerima perakuan tersebut.
Buat masa ini, katanya SPR perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh 14 hari untuk rayuan tamat bagi tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Azhar berkata SPR akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Pilihan Raya dan akan membuat keputusan sama ada rayuan perlu dibuat ke Mahkamah Persekutuan.
"SPR sentiasa bersedia untuk menjalankan PRK sekiranya ia perlu diadakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Art Harun
#Azhar Azizan Harun
#Mahkamah Persekutuan
#PRU14
#Rantau
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan