MUAR: "Nazri, anggap penduduk Simpang Jeram ini sebagai keluarga kita, susah dia susah awak, senang mereka walaupun bukan senang awak, tapi sekurang-kurangnya awak rasa gembira dengan kesenangan mereka," itu nasihat terakhir dititipkan Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada Nazri Abdul Rahman.
'Wasiat' terakhir yang disampaikan Allahyarham Salahuddin, sebelum meninggal dunia pada 29 Julai lepas akibat pendarahan otak itu, sehingga kini masih terngaing-ngiang di telinga Nazri, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, kawasan disandang Allhayarham sejak 2018.
Kata-kata itu menguatkan lagi semangatnya, untuk membela nasib penduduk di kawasan Simpang Jeram, bagi meneruskan legasi dan amanat Salahuddin, walaupun tidak pernah sekali pun terlintas difikirannya bakal bertanding di kawasan itu.
Biarpun sebelum ini sering menemani Allahyarham bertemu rakyat setiap kali beliau balik kawasan, namun latar belakang pekerjaannya sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Muar selama 30 tahun, membuatkannya lebih selesa bekerja di balik tabir, 'membuat kerja berbanding bercakap banyak', dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Kalau kita lihat parti lain mungkin bila ditawarkan jadi wakil rakyat mereka berebut tapi saya tak. Bila jadi wakil rakyat ini satu tanggungjawab, saya tak nak nanti bila mati saya disoal dapatkah kita laksana tanggungjawab sebaik mungkin," katanya dalam temu bual dengan Bernama di kediamannya.
Bagaimanapun kata Nazri, permintaan Allahyarham untuk beliau menjaga kawasan berkenaan apabila sekiranya beliau telah tiada, membuatkannya bagai 'terikat' dengan permintaan terakhir tersebut.
Apatah lagi, Salahuddin, yang sudah dianggap sebagai abangnya, turut memiliki hubungan kekeluargaan dengan beliau.
"Sebelum meninggal, Allahyarham banyak kali berkata dengan saya, Nazri, kalau saya tak ada di sini, awaklah pengganti saya, itu amat terkesan di hati saya.
"Sejak dia (Salahuddin) katakan sayalah penggantinya bila dia tiada, sedangkan hasrat saya bukan untuk ke depan, akhirnya saya mengambil tanggungjawab ini," katanya sambil menahan sebak.
Nazri, yang memiliki Sarjana Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) berkata sepanjang menemani Allahyarham ketika berada di Simpang Jeram, yang memiliki 40,379 pengundi, beliau dapat melihat kesungguhan dan kelelahan Salahuddin dalam memikirkan masalah rakyat.
"Secara peribadi dia (Salahuddin) sering fikir masalah rakyat, pukul 3 pagi tak tidur, 5 pagi tahajud, lepas subuh tidur kejap, bangun pergi kepada rakyat, pergi kepada kawasan-kawasan, saya sebagai pengikut bawa dia ke sana ke mari. Dari segi perhidmatan kepada masyarakat komitmen beliau amat-amat tinggi.
"Kadang-kadang saya menemani di waktu malam ketika dia berseorangan dan dia memerlukan pendapat rakan-rakan. Sebagai wakil rakyat beliau banyak fikir bagaimana kaedah terbaik untuk membantu rakyat DUN Simpang Jeram," katanya.
Nazri, yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri berkata disebabkan itu jugalah, idea Rahmah tercetus kerana Allahyarham bersungguh mahukan setiap rakyat tidak berasa susah dan terbeban untuk mendapatkan makanan.
"Sebab itu lahirnya Menu Rahmah ini, idea bermula di DUN Simpang Jeram, Allahyarham berkongsi dengan saya bahawa beliau hendak melaksanakan Menu Rahmah, nak memastikan bahawasanya setiap kali watu makan, ada makanan atas meja, dapat bantu orang susah," katanya.
Nazri berkata, walaupun sedar tanggunjawab besar bakal digalas sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kelak, beliau mahu membawa semangat dan legasi yang ditinggalkan Salahuddin, yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin.
"Bukan beban, ini adalah fitrah, ini pahala, ini pengorbanan untuk membantu masyarakat yang dianggap sebagai saudara mara kita dan mudah-mudahan apa kita laksanakan ini mendapat keberkatan untuk diri sendiri dan seluruh penduduk Simpang Jeram," katanya.
Dalam PRK kali ini, Nazri berdepan saingan tiga penjuru, melawan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya (Perikatan Nasional) dan calon bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Kata-kata itu menguatkan lagi semangat Nazri (foto) untuk membela nasib penduduk di kawasan Simpang Jeram bagi meneruskan legasi dan amanat Salahuddin. -Gambar fail/Bernama
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.