Datuk Peter Anthony optimis masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) di Kimanis tidak akan terpengaruh dengan "dakyah songsang" pihak pembangkang mengenai isu pendatang haram.
Menurutnya, pihaknya yakin penduduk daerah itu tidak terhasut dengan 'cakap-cakap' yang mengatakan kerajaan yang ditadbir Parti Warisan Sabah (Warisan) memelihara pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ini termasuklah usaha kerajaan melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) yang sering menjadi bahan pihak pembangkang mengalihkan isu sebenar di kawasan itu, kata Naib Presiden Warisan itu.
Dakwanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu lama berkuasa sehingga mengabaikan pembangunan sejagat.
"Sebenarnya masalah PSS sengaja digembar-gemburkan. Ini adalah untuk kelangsungan politik bagi mereka yang sudah ketandusan idea, sudah tidak ada cara untuk mereka buat," katanya.
Menurut Peter, beliau tidak menafikan ada masyarakat KDM di kawasan Kimanis yang terkeliru dengan isu PSS namun bagi pihak parti, perkara berkenaan adalah sebagai usaha berterusan menyelesaikan masalah PATI di Sabah.
"Bagi masyarakat KDM tentunya apa yang mereka khuatirkan adakah PSS ini boleh memohon warganegara, tetapi sudah dinyatakan ia sama sekali tidak boleh memohon warganegara," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis 18 Januari ini, Peter memaklumkan, bilangan pengundi bagi masyarakat KDM kini mencecah kira-kira 40 peratus.
Jumlah itu merangkumi 29,664 pengundi berdaftar.
Jelasnya lagi, faktor masyarakat KDM yang memeluk Islam menyumbang kepada jumlah tersebut memandangkan mengikut statistik Pilihan Raya Umum ke-14, pengundi KDM bagi Parlimen Kimanis hanya sekitar 30 peratus.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jan 06 2020

Peter berkata, kawasan itu berada di bawah jagaan UMNO dan Barisan Nasional terlalu lama, sehingga pembangunan sejagat terabai.

Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Bakal kahwini Tiko, Bunga Citra Lestari tukar gelaran IG, tiada lagi nama Sinclair
Bunga atau BCL akan menikah kali kedua dengan kekasihnya, Tiko Aryawardhana, pada 2 Disember 2023 di Bali.

Pengedar dadah lari tinggalkan isteri, rakan, ganja RM200,000
Polis menahan dua suspek bersama dadah jenis ganja seberat 74 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM229,400 di Kuala Krai, semalam.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Niaga AWANI: Pemeteraian perjanjian antara pengendali rangkaian dengan DNB
Kita bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, penganalisis keselamatan dan politik, pusat pengajian perang saraf media dan informasi UiTM bagi perincian.
Tahap penerimagunaan 5G capai 10.3 peratus setakat hujung Oktober
KKD akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G supaya tidak akan masalah yang berbangkit.
Pantau Agenda Reformasi: Sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di Malaysia?
Exco Majlis AIDS Malaysia, Dr Dinesh Mahalingam membincangkan mengenai stigma pesakit AIDS di Malaysia dan sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di negara ini.
KKD pastikan tiada gangguan perkhidmatan kepada pengguna 5G sedia ada
Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bersetuju caj harga borong bagi rangkaian 5G tidak akan bertambah dengan adanya rangkaian kedua.

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC
Teknologi rawatan HIV ketika ini telah menyaksikan kemajuan yang sangat baik dalam usaha membantuk penghidap HIV atau PLHIV hidup dengan sihat.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.

PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN
Wan Abdul Hakim berkata adalah sesuatu yang merugikan pengundi di Parlimen itu sekiranya pemimpin yang diangkat nanti tidak dapat berkhidmat sepenuh masa kerana mempunyai komitmen lain.

PRK Kemaman: 43 tahun dalam tentera, mudahkan calon BN dekati, fahami keperluan anak muda
Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata masa yang panjang itu membuatkan beliau amat cakna terhadap keperluan golongan belia.

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi
Katanya, sebaik selesai penamaan calon, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dan kesemua mereka memberikan maklum balas baik.

PRK Kemaman: BN perlu kerja keras tarik semula kepercayaan pengundi tegar - Veteran UMNO
Ia untuk menarik semula kepercayaan penduduk Kemaman yang pernah menjadi pengundi tegar UMNO dan BN sebelum ini.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kemaman berhak dapat Ahli Parlimen yang dapat beri fokus sepenuhnya - Ahmad Zahid
Kemaman berhak mendapat seorang Ahli Parlimen yang dapat memberi fokus kepada penduduknya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Satu lawan satu di PRK Kemaman
BN mempertaruhkan Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, manakala Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PRK Kemaman: BN yakin kredibiliti calon ditawarkan - Azalina
Barisan Nasional (BN) yakin dengan kredibiliti calon ditawarkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.