awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera
China siasat pembelian Manus oleh Meta bernilai AS$2 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/05/2024
13:47 MYT
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya. - Foto Astro AWANI
HULU SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahakan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.
Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Sementara itu, pencabar utama Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.
Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi. |
Keputusan rasmi PRK DUN Kuala Kubu Baharu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada Sabtu malam.
TERKINI] Keputusan PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Dalam pada itu, Yuhanas memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 61.51 peratus.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Pada PRN lalu, Kee Hiong dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Pang Sock Tao
#Pakatan Harapan
#penyandang Lee Kee Hiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan