awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Terengganu serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos - SPR

Bernama
Bernama
18/07/2023
04:20 MYT
PRK Kuala Terengganu serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos - SPR
Abdul Ghani ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu di ibu pejabat SPR, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.
Mesyuarat itu diadakan susulan suruhanjaya menerima Laporan Hakim Pilihan Raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu pada 19 Nov lepas.
[TERKINI] Sidang media urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mewakili Pas di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pempetisyen iaitu calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.
Pada 8 Julai lepas, Pas memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#PRK Kuala Terengganu
#SPR
#Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan