awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: MUDA tidak beri komitmen bantu kempen mana-mana parti bertanding

Bernama
Bernama
19/09/2024
13:45 MYT
PRK Mahkota: MUDA tidak beri komitmen bantu kempen mana-mana parti bertanding
Amir Hadi berkata mereka telah membuat keputusan tidak bertanding pada PRK itu bagi menumpukan fokus kepada pembangunan semula parti selepas melalui siri PRK, selain untuk membuat persiapan pemilihan parti. - Foto Facebook Amir Hadi
KLUANG: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memaklumkan tiada perbincangan dan komitmen diberikan mereka bagi membantu pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Setiausaha Agung MUDA Amir Hadi berkata mereka telah membuat keputusan tidak bertanding pada PRK itu bagi menumpukan fokus kepada pembangunan semula parti selepas melalui siri PRK, selain untuk membuat persiapan pemilihan parti.
"Justeru, tidak ada sebarang perbincangan dan komitmen untuk membantu mana-mana parti dalam PRK ini.
"MUDA terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dan rundingan dengan mana-mana pihak, namun ia mestilah dibincang dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan susulan laporan portal yang memetik seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebagai berkata MUDA telah memberi persetujuan untuk membantu kempen parti itu pada PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#muda
#Amir Hadi
#bantu kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan