awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan

Bernama
Bernama
24/09/2024
05:47 MYT
PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar (tengah) ketika sidang media selepas melakukan pemantauan pada hari pengundian awal sempena PRK DUN Mahkota hari ini. - Foto Bernama
KLUANG: Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
Beliau berkata ia melibatkan laporan yang dibuat individu berkaitan kandungan tidak benar yang ditularkan, mendakwa berlaku elemen sogokan untuk menarik pengundi.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Siasatan sedang berjalan dan kami perlu mendapat maklum balas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menentukan portal (yang memuat naik kandungan) itu kepunyaan siapa," katanya.
Kumar berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di pusat mengundi awal Dewan Pengaman Zamrud di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.
Secara keseluruhan, beliau berkata pihaknya menerima dua laporan polis sejak tempoh berkempen bermula hingga semalam selain 96 permohonan permit kempen dengan kesemuanya diluluskan.
"Sehingga sekarang, calon dan penyokong memberikan kerjasama penuh kepada polis dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku, menunjukkan kematangan semua pihak dan kami berharap ia berterusan," katanya.
Pada pengundian awal hari ini, polis Johor menggerakkan 810 pegawai dan anggota untuk memastikan proses itu berjalan lancar.
Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis mendaftar sebagai pengundi awal dalam PRK berkenaan.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#kertas siasatan
#M Kumar
#pilihan raya kecil
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan