PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 9 Sept.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 Sept.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.
Mesyuarat itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Abdul Ghani berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Pulai itu adalah yang dikemas kini sehingga 23 Julai 2023.
“DPPR bagi PRK Parlimen Pulai mengandungi seramai 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.
“DPPR bagi PRK DUN Simpang Jeram pula mengandungi seramai 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir luar hegara,” katanya.
Beliau berkata DPPR bagi kedua-dua PRK itu akan mula dijual pada 21 Ogos ini.
Abdul Ghani berkata urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula hari ini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media); 12 Ogos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 15 Ogos bagi kategori 1C (agensi/organisasi).
“Permohonan undi pos bagi semua Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian,” katanya.
Abdul Ghani berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Pulai itu adalah yang dikemas kini sehingga 23 Julai 2023.
"DPPR bagi PRK Parlimen Pulai mengandungi seramai 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.
"DPPR bagi PRK DUN Simpang Jeram pula mengandungi seramai 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir luar hegara," katanya.
Beliau berkata DPPR bagi kedua-dua PRK itu akan mula dijual pada 21 Ogos ini.
Abdul Ghani berkata urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula hari ini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media); 12 Ogos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 15 Ogos bagi kategori 1C (agensi/organisasi).
"Permohonan undi pos bagi semua Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian," katanya.
Abdul Ghani berkata pusat penamaan calon (PPC) dan pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU) bagi PRK Parlimen Pulai ialah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, yang juga digunakan sebagai PPC dan PPRU bagi PRK DUN Simpang Jeram.
Beliau berkata SPR telah melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya yang dibantu oleh lima orang penolong pegawai pengurus, bagi menjalankan proses PRK Parlimen Pulai, dan seorang pegawai pengurus pilihan raya yang dibantu oleh tiga orang penolong pegawai pengurus untuk PRK DUN Simpang Jeram.
Abdul Ghani berkata dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR), akan ditubuhkan untuk memantau aktiviti berkempen sepanjang PRK Parlimen Pulai dan satu PP-KPR bagi DUN Simpang Jeram.
"PP-KPR itu akan dianggotai oleh wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding," katanya.
Abdul Ghani berkata seramai 2,692 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Parlimen Pulai, dan 678 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK DUN Simpang Jeram.
Abdul Ghani berkata keseluruhan jumlah pusat mengundi bagi PRK Parlimen Pulai sebanyak 49 buah, dengan 297 tempat mengundi atau saluran, yang melibatkan 47 pusat mengundi biasa yang mengandungi 294 tempat mengundi atau saluran, dan dua pusat mengundi awal yang mengandungi tiga tempat mengundi.
PRK DUN Simpang Jeram pula melibatkan 14 buah pusat mengundi biasa, yang mengandungi 68 tempat mengundi atau saluran, dan tiada pusat mengundi awal.
Semakan maklumat pengundian untuk mengetahui pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh dilakukan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau menghubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124, yang akan dibuka mulai 21 Ogos ini.
Abdul Ghani menyeru bakal calon yang ingin bertanding di kedua-dua PRK berkenaan untuk mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus terlibat atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, sebelum hari penamaan calon untuk memudahkan proses penamaan calon.
"Bakal calon digalakkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal, bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Abdul Ghani berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.- Gambar fail/BERNAMA
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April
Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Pusat undi PRK Kemaman dibuka
Kesemua 49 pusat mengundi dengan 244 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dibuka 8 pagi ini.