awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pelangai: BN Pahang umum calon 17 September ini

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2023
11:09 MYT
PRK Pelangai: BN Pahang umum calon 17 September ini
Wan Rosdy berkata, senarai itu akan diteliti dan dibawa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dibincang dan diputuskan sebelum diumumkan pada 17 September depan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang sudah menyenaraikan enam nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan parti sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, senarai itu akan diteliti dan dibawa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dibincang dan diputuskan sebelum diumumkan pada 17 September depan.
"Kita akan tengok siapa yang lebih layak untuk bertanding di kerusi itu. Calon-calon yang ada pastinya berpotensi, berkaliber dan berwibawa serta boleh diterima masyarakat setempat.
"Jadi kita akan pilih yang terbaik daripada terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Ulu Cheka, Jerantut dan Majlis Meraikan Pengekalan Man and Biosphere (MAB) UNESCO Tasik Chini Pahang di Hotel Swiss-belhotel di sini pada Selasa.
Hadir sama ialah Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Setiausaha Kerajaan Pahang; Datuk Seri Zulkifli Yaacob, exco-exco Pahang dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Abdul Wahid Abu Salim yang mewakili menterinya.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.
Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.
Pada PRU15, Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil
#DUN Pelangai
#Wan Rosdy Wan Ismail
#BN Pahang
#nama calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan