BENTONG: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau hanya berseloroh apabila meminta perantau supaya tidak pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai jika tidak mengundi calon Barisan Nasional (BN).
Beliau sebaliknya menegaskan apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
"Yang itu seloroh saja. Maknanya kita harap mereka balik dan menyokong kita. Tapi kalau tak mengundi (BN) tu tak perlu balik tu seloroh saja.
"Sebab ada yang mengantuk tadi (ketika berucap) jadi saya selorohlah sikit," katanya ditemui pemberita selepas program 'Sembang Santai' bersama penyokong BN di Felda Chemomoi, di sini pada Rabu.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Naib Presiden UMNO itu memberitahu penyokong BN di DUN Pelangai supaya menasihatkan anak-anak mereka yang tidak menetap di kawasan itu supaya tidak balik mengundi jika tidak memberi undi kepada BN.
Beliau menekankan, lebih baik pengundi yang menetap di Pelangai sendiri memilih wakil rakyat mereka.
"Anak-anak kita yang berada di luar kalau dia tak bersama dengan kita tidak payah suruh balik. Biar duduk di Kuala Lumpur je. Mengacau je. Biar kita je yang menguruskan kampung halaman kita," katanya.
Ditanya adakah timbul sebarang kegusaran mengenai sokongan pengundi luar, beliau bagaimanapun menolak sangkaan tersebut.
PRK DUN Pelangai perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
BN meletakkan anak tempatan, Datuk Amizar Abu Adam manakala Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menampilkan semula bekas guru yang juga calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Kasim Samat, 62.
Seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli juga disahkan bertanding. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023

Wan Rosdy berucap pada program 'Sembang Santai' bersama penyokong BN di Felda Chemomoi, pada Rabu. -Foto Sinar Harian

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Agong sempurnakan pengurniaan Ru'RASA kepada penduduk Rompin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada tujuh penerima di daerah Rompin.

Agong berkenan dengar Taklimat Persediaan Hadapi Banjir 2023/2024 Pahang
Yang di-Pertuan Agong berkenan mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Tahun 2023/2024 Pahang di Taman Negeri Rompin hari ini.

Agong sempurnakan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 Peringkat Pahang
Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 Peringkat Pahang dan merasmikan Pejabat Hutan Daerah Rompin.

Lipis diperakui sebagai Geopark Kebangsaan - MB
Daerah Lipis di Pahang kini telah diperakui sebagai Geopark Kebangsaan dan merupakan yang terbesar di negara buat masa ini.

Tular: MB tersasul di Himpunan 'Pahang For Palestin', akui kesilapan - Fadzli
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tersasul apabila menyebut 'Palestin Pengecut, Palestin Hancur' ketika berucap dalam Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada Sabtu.

Agong berangkat ke majlis serahan zakat perniagaan kepada MUIP
Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan serahan zakat daripada tiga badan korporat berjumlah lebih RM8.4 juta kepada Tengku Hassanal selaku Yang Dipertua MUIP.

Pembentangan RUU Anti Lompat Parti di Pahang masih dalam perbincangan - MB
Pembentangan RUU Anti Lompat Parti di Pahang masih lagi di peringkat perbincangan antara kerajaan negeri dan pembangkang.

MB sifatkan Belanjawan 2024 bantu pembangunan negeri, laksana inisiatif dirancang
Belanjawan 2024 dilihat memenuhi aspirasi rakyat keseluruhannya untuk pembangunan negeri dan negara.

Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.