awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2023
05:09 MYT
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Abdul Ghani berkata, mana-mana pihak yang mendakwa berlaku salah laku dalam kempen perlu membuat aduan rasmi kepada SPR dengan segera. - Gambar fail
BENTONG: Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, mana-mana pihak yang mendakwa berlaku salah laku dalam kempen perlu membuat aduan rasmi kepada SPR dengan segera.
Menurutnya, setakat ini perjalanan kempen PRK berjalan lancar sebarang kesalahan dan insiden yang diingini.
"Setakat ini di peringkat kita... Alhamdulillah tiada aduan tidak sepatutnya berhubung kempen. Kita pun tidak terima laporan berhubung salah guna aset kerajaan.
"Selagi tiada aduan, kita dapati kempen berjalan lancar. Maknanya kempen dua minggu PRK Pelangai adalah berjalan lancar," katanya ditemui selepas meninjau persiapan PRK DUN Pelangai di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini pada Jumaat.
Beliau mengulas gesaan Perikatan Nasional (PN) yang mahu SPR memantau parti politik yang menyalahgunakan jentera dan aset kerajaan pada PRK DUN Pelangai.
Pada Khamis, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pemantauan bagi pemberian insentif sama ada oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan kepada rakyat sepanjang kempen berlangsung juga perlu diawasi.
Katanya, selain penggunaan jentera kerajaan serta kehadiran pegawai-pegawai agensi kerajaan negeri, pemberian insentif ibarat 'durian runtuh' kepada rakyat yang akan membuang undi nanti juga perlu dipantau.
Ahli Dewan Undangan Negeri Cheka itu berkata, tata kelola tersebut jelas bertentangan dengan semangat perjuangan reformasi selama 25 tahun dulu yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Sinar Harian
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#salah guna aset kerajaan
#Abdul Ghani Salleh
#aduan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan