KUALA LUMPUR: Satu kajian lapangan yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mendapati Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menikmati tahap populariti yang tinggi dengan 80.9 peratus menyokong pentadbirannya.

Begitu juga dengan bekas ADUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, dengan 93.1 peratus responden berkata beliau telah memberi khidmat yang baik.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Johari hanya menjadi Adun Pelangai selama sembilan bulan sebelum meninggal dunia dalam nahas pesawat pada Ogos lalu.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun tahap populariti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih rendah, dengan 60.2 peratus responden berpuas hati dengan prestasinya.

Pada masa sama, majoriti responden dari tiga Felda berpuas hati dengan Anwar.

"Walaupun sebelum ini sukar mendapat kepercayaan warga Felda, tetapi kini dilihat seperti warga Felda semakin mesra dengan perdana menteri dan keperluan kerjasama kerajaan perpaduan," menurut dapatan kaji selidik itu.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Antara empat isu utama yang memerlukan perhatian kerajaan, majoriti responden memilih kos sara hidup, diikuti dengan subsidi dan bantuan kerajaan, pembangunan infrastruktur dan peluang pekerjaan.

Sebanyak 22.7 peratus responden tidak bekerja. Kadar pengangguran seluruh negara pada tahun lalu adalah 3.73 peratus.

Pengundi tolak usaha jatuhkan Kerajaan Pusat dan Negeri

Kaji selidik yang dilakukan sekumpulan ahli akademik itu juga mendapati pengundi di Pelangai menolak usaha menukar Kerajaan Pusat dan Negeri.

Seramai 50.8 peratus respoden menyatakan mereka mahu Kerajaan Persekutuan dikekalkan sehingga habis penggal.

Manakala 30 peratus responden menganggap Kerajaan Persekutuan sedia ada perlu ditukar dan 19.2 peratus tidak pasti.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

"Naratif pertukaran Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang kurang rasional ada kemungkinan boleh menyebabkan berlaku kehilangan keyakinan pengundi terhadap platform kempen PN," kata kaji selidik tersebut.

Kaji selidik ini juga menunjukkan 42.9 peratus akur dengan titah Yang Dipertuan Agong yang mahu kerjasama BN dan PH membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan, sementara 26.1 peratus menyatakan kerjasama itu penting demi kestabilan.

Manakala 11.5 peratus masih mahukan penjelasan tentang kerjasama dua gabungan ini, 10.1 peratus tidak boleh menerimanya manakala 9.4 peratus tidak ambil tahu atau tidak kisah.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Responden juga ditanya wajarkah kerajaan negeri yang diterajui BN dan Pakatan Harapan (PH) patut dikekalkan sehingga habis penggal, 58.6 peratus berpendapat tidak perlu berlaku perubahan pentadbiran, manakala 27.9 peratus tidak pasti.

Hanya 13.5 peratus responden yang tidak bersetuju kerajaan pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dikekalkan.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Majoriti responden yang tinggal di tiga Felda di Pelangai - Chemomoi, Sungai Kemasul dan Sungai Kemahal - berkata mereka berpuas hati dengan kerajaan negeri.

BN dijangka kekal di Pelangai

Sementara itu, kaji selidik itu juga mendapati Barisan Nasional (BN) dijangka kekal di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan Sabtu ini.

Kaji selidik yang dilakukan menunjukkan hampir semua responden telah membuat keputusan, dengan 55.5 peratus responden akan mengundi BN dan 43.2 peratus lagi memilih Perikatan Nasional (PN).

"Berdasarkan dapatan, didapati bahawa naratif perubahan yang dibawa PN masih belum dapat menembusi jiwa pengundi di DUN Pelangai, walaupun telah ada peningkatan kecenderungan terhadap PN," menurut kaji selidik tersebut tersebut.

Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemu bual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.

Pelangai memiliki 72 peratus pengundi Melayu, manakala seramai 86.9 peratus responden dalam tinjauan ini adalah dari kaum Melayu.

Kaji selidik ini memberi tumpuan kepada sentimen pengundi dan bukan model keputusan pilihan raya.

Ia dilaksanakan oleh Shahrill Sabarudin, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Prof Madya Dr Novel Anak Lyndon, Dr Suffian Mansor dan Nasrullah Mappatang.