awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Port Dickson: Tiada satu undi pun untuk Saiful Bukhari Azlan - IDE

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
11/10/2018
08:38 MYT
PRK Port Dickson: Tiada satu undi pun untuk Saiful Bukhari Azlan - IDE
Kaji selidik IDE bagi PRK Port Dickson mendapati Saiful bukan pilihan pengundi. -Gambar fail
Tiada undi akan diberikan kepada calon bebas Saiful Bukhari Azlan pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson, kata badan penyelidik pilihan raya Institut Darul Ehsan (IDE).
Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Rezduan Othman berkata kaji selidik bagi PRK Port Dickson mendapati Saiful bukan pilihan pengundi.
“Kita tanya lebih daripada 1,000 daripada semua kawasan tapi gagal dapatkan Saiful. Kita tanya macam-macam tapi tidak ada satu pun pengundi sebut Saiful.
“Tapi saya rasa mungkin ada, tapi kalau kita nak cari satu-satu pengundi, sampai hujung tahun pun tak jumpa,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama, di sini.
IDE menjalankan dua kaji selidik, iaitu semasa hari penamaan dan tempoh kempen bagi mengetahui sentimen pengundi Port Dickson bagi pilihan raya kecil kali ini.
Kaji selidik dilakukan di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 32 kawasan daerah mengundi di Port Dickson membabitkan 1,084 responden.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober sebagai tarikh mengundi bagi PRK Port Dickson.
Topic Berkaitan
#IDE
#Institut Darul Ehsan
#Pilihan Raya Kecil Port Dickson
#PRK
#Rezduan Othman
#Saiful Bukhari Azlan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan