awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok

Bernama
Bernama
08/09/2023
02:00 MYT
PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Suhaizan (dua, kiri) beramah mesra dengan masyarakat setempat yang hadir pada Program Jualan Rahmah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Rawa, Johor Bahru, 6 Sept 2023. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Kurang 15 jam tempoh berkempen bagi Pilihan Rakyat Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang akan tamat 11.59 malam ini, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat terus giat melakukan 'sentuhan akhir' bagi meraih sokongan pengundi.
Dalam tempoh akhir sebelum 'menyerahkan nasibnya' kepada rakyat Pulai, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.
Katanya setakat malam tadi, hampir keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM) sudah disantuni dan pada hari terakhir ini, kempen beliau dan jentera akan menziarah ke kawasan-kawasan panas.
"Alhamdulillah, kita lihat respons pengundi amat baik dan harap momentum ini dapat diterjemah menerusi undi dan keputusan esok (hari mengundi). Kita akan terus merayu sokongan rakyat.
"Malam ini kita akan adakan ceramah grand finale yang akan dihadiri pemimpin PH-BN dan kita harap sentuhan akhir ini dapat menarik undi rakyat," katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda, di Kampung Pasir Tampoi, di sini, malam tadi.
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi kedua-dua PRK pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Johor
#PRK Parlimen Pulai
#Suhaizan Kaiat
#kempen pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan