awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sandakan: Polis buka enam kertas siasatan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
11/05/2019
07:09 MYT
PRK Sandakan: Polis buka enam kertas siasatan
Tambah Omar, daripada enam kertas siasatan berkenaan, empat daripadanya sudah dirujuk kepada pihak Majistret dengan keputusan dikeluarkan adalah tiada tindakan lanjut (NFA) - Foto Bernama
Sejumlah 12 laporan polis dan enam kertas siasatan sudah dibuka sepanjang tempoh penamaan calon sehingga tamat kempem Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P186 Sandakan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, daripada jumlah keseluruhan kertas siasatan yang dibuka, satu daripadanya adalah melibatkan kes mendakwa pihak tertentu memberi wang kepada pengundi.
"Kita terima laporan pada jam 12.06 pagi tadi, dalam laporan tersebut menyatakan ada pihak-pihak tertentu telah memberi wang kepada pengundi.
"Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 10 (b) Akta Kesalahan Pilihanraya,"katanya.
Omar berkata demikian dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, pada Sabtu.
Omar berkata pihaknya sebelum ini sudah membuka kertas siasatan membabitkan Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yakni kempen tanpa permit, dua siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat merosakkan poster), satu kes Seksyen 426 Kanun Keseksaan (khianat banner) dan satu kes mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
Tambah Omar, daripada enam kertas siasatan berkenaan, empat daripadanya sudah dirujuk kepada pihak Majistret dengan keputusan dikeluarkan adalah tiada tindakan lanjut (NFA).
Sementara itu, mengulas mengenai tahap keselamatan sepanjang proses membuang undi di 19 pusat pengundian PRK Sandakan, beliau mendedahkan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku setakat ini dan perjalanan proses membuang undi sejak pagi tadi juga berjalan dengan lancar.
Topic Berkaitan
#Media
#pilihan raya kecil
#polis
#Polis buka kertas siasatan Sandakan
#politik wang
#PRK Sandakan
#Rasuah
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan