awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: PN menang majoriti 4,267

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/07/2024
13:51 MYT
PRK Sungai Bakap: PN menang majoriti 4,267
Abidin yang meraih 14,489 undi menewaskan pencabar tunggalnya Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi. - Foto Astro AWANI
NIBONG TEBAL: Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail sah diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.
Keputusan berkenaan menyaksikan gabungan PN berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos tahun lalu dengan majoriti yang lebih besar.
Abidin yang meraih 14,489 undi menewaskan pencabar tunggalnya daripada Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.
Keputusan rasmi PRK DUN Sungai Bakap diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, pada Sabtu malam.
Dalam pada itu, Khairulnizam memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 63.45 peratus.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal mewakili PN diangkat menjadi wakil rakyat selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#pilihan raya kecil
#Sungai Bakap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan