awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Kandis: Lokman Adam bertanding atas tiket BN

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2018
09:01 MYT
PRK Sungai Kandis: Lokman Adam bertanding atas tiket BN
Lokman bakal bertembung dengan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni di PRK Sungai Kandis 4 Ogos ini. - Gambar fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, 4 Ogos ini.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan selepas mengambil kira kelantangan beliau dalam mengutarakan pandangan berhubung beberapa perkara termasuk manifesto kerajaan.
Lokman ketika ditemui berkata PRK Sungai Kandis ini menjadi tempat untuk rakyat meluahkan rasa tidak puas hati rakyat termasuk hak istimewa dan Bahasa Melayu.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pengumuman calon BN untuk PRK Sungai Kandis di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di Kota Kamuning di sini hari ini.
Datuk Lokman Noor Adam sah dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk PRK Dewan Undangan Negeri N.49 Sungai Kandis - Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.@501Awani
— F.A Awani (@FirdausAzil) July 20, 2018
"Lokman dipilih kerana beliau sejak kebelakangan ini lantang menyuarakan pandangan mengenai janji-janji Pakatan Harapan yang masih gagal ditunaikan walaupun telah memegang Kerajaan" Tok Mat@501Awani
— F.A Awani (@FirdausAzil) July 20, 2018
PRK ini merupakan medan terbaik untuk menilai kembali sokongan serta sentimen rakyat terhadap dinamik politik masa kini. "Saya percaya pada PRU lepas ia tidak begitu rasional, kali ini kita harapkan pengundi lebih rasional" - Tok Mat@501Awani
— F.A Awani (@FirdausAzil) July 20, 2018
Sementara itu Datuk Lokman memberitahu media, PRK kali ini boleh menjadi tempat untuk rakyat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ketidakadilan di bawah PH, seperti pertikaian terhadap hak Istimewa, Agama Islam dan Bahasa Melayu seperti yang didakwa terjadi kini - @501Awani
— F.A Awani (@FirdausAzil) July 20, 2018
PRK Sungai Kandis bakal diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Lokman Noor Adam
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#PRK
#PRK Sungai Kandis
#sungai kandis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan