awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 6,839 anggota, pegawai PDRM Kedah undi awal

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
08/08/2023
03:40 MYT
PRN: 6,839 anggota, pegawai PDRM Kedah undi awal
Proses pengundian hari ini turut melibatkan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kedah bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang membabitkan 38 saluran di 21 pusat mengundi awal seluruh Kedah. - Gambar/ Bernama
ALOR SETAR: Seramai 6,839 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah serta isteri selain Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim dan Bukit Kayu Hitam melaksanakan undi awal hari ini.
Menurut Jurucakap Media Pilihan Raya Negeri Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, daripada jumlah berkenaan, seramai 875 pegawai dan anggota mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini.
Menurutnya, proses pengundian hari ini turut melibatkan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kedah bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang membabitkan 38 saluran di 21 pusat mengundi awal seluruh Kedah.
Bagi IPK Kedah, sebanyak empat saluran dibuka melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di bawah Parlimen Pokok Sena iaitu DUN Derga, DUN Bukit Pinang, dan DUN Bukit Lada.
Beliau memaklumkan proses undian awal yang dilaksanakan hari ini dijalankan mengikut Seksyen 27(A) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kedah
#undi awal
#jumlah pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan