awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/07/2023
05:43 MYT
PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan
Calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) disaran untuk menjalankan saringan kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. - Gambar fail BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) disaran untuk menjalankan saringan kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, faktor kesihatan merupakan salah satu kriteria penting supaya mengelakkan Pilihan Raya Kecil (PRN) diadakan pada masa-masa akan datang.
Menurutnya, pada ketika ini, PKR mewajibkan setiap calonnya untuk menjalani saringan kesihatan sebelum penamaan calon.
"Saya galakkan (menjalani saringan kesihatan)... itu memang seeloknyalah, kalau tidak sihat atau apa-apa terjadi, kita kena berdepan dengan satu lagi pilihan raya.
"Sebaiknya, kalau kita dapat teruskan, kalau menang dan teruskan berkhidmat sehingga akhir penggal, itu sangat bagus," katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, di sini, pada Sabtu.
Setakat ini, jelas beliau, tiada sebarang syarat ditetapkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ke atas calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya.
Ini kerana, cadangan itu memerlukan pindaan dilakukan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Dr Zaliha memberitahu, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai garis panduan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
"Kita akan mengadakan perbincangan bersama SPR bagi membincangkan jika terdapat keperluan untuk pelaksanaan SOP baharu atau mengekalkannya," ujar beliau.
Pada PRU15 lepas, individu yang positif COVID-19 dibenarkan untuk mengundi, tetapi perlu mengikuti langkah-langkah pencegahan.
Topic Berkaitan
#PRN
#ujian saringan kesihatan
#calon PRN
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan