SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan memberi bayangan yang mereka tidak akan menyerahkan 11 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) kepada Barisan Nasional(BN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri(PRN) nanti.
Ia susulan selepas BN Negeri Sembilan yang dilaporkan meminta tambahan dua kerusi daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) yang disandang Pakatan Harapan(PH) ketika ini.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap parti berhak menyatakan pandangan dan hasrat mereka tetapi keputusan akhirnya akan dibuat berdasarkan kepada prinsip yang telah dipersetujui bersama.
"Prinsip yang telah dipersetujui oleh PH dan Barisan BN ialah kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang.
"Umpamanya kerusi itu dimenangi BN, tak akan pula kita pergi minta kerusi itu. Ia sudah tentu akan timbulkan masalah kalau kita minta kerusi penyandang. Jadi prinsip asas yang dipersetujui, kita hormati," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pemukiman Persediaan PRN DAP Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP berkata, rundingan hanya melibatkan kerusi yang tidak dimenangi oleh PH dan BN seperti mana di lima negeri lain yang akan menghadapi PRN.
Jelasnya, jika ada pandangan berlainan dan sebagainya ia perlu dirujuk kepada pimpinan pusat.
"Setiap negeri ada perundingan mereka. Misalnya Kedah yang kerusinya tak banyak dimenangi oleh BN atau PH yang mana ia akan dinilai berdasarkan parti mana yang lebih sesuai atau lebih kuat untuk bertanding menentang Perikatan Nasional(PN).
"Tapi di Negeri Sembilan keadaan agak dinamik kerana semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) di bawah PH dan BN. Jadi bagi kita itu mudah untuk diselesaikan," katanya.
Loke Siew Fook berkata, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga tahu berkenaan pendirian DAP kerana prinsip soal pembahagian kerusi itu telah pun dipersetujui.
Malah tegasnya, beliau tidak mahu berpolemik soal itu dan semua pemimpin DAP diminta tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.
"Soal kerusi itu perkara biasa, bukan hari ini saja dengan BN. Malah dengan parti komponen dalam PH pun ada isu sama.
"Masing-masing ada pandangan, tapi biarlah kita buat keputusan secara matang berdasarkan kepada prinsip dipersetujui," katanya.
Sementara itu ditanya kemungkinan akan ada pihak yang berkecil hati kerana tidak diberi kerusi, beliau berkata, dalam politik semua perlu berbesar hati dan berlapang dada.
"Dalam poltik sudah ada kompromi terutama dalam kerjasama gabungan antara gabungan.
"Dalam semangat Kerajaan Perpaduan ini tak boleh ada kecil hati mesti berlapang dada dan saya rasa pucuk pimpinan parti masing-masing amat memahami keadaan ini," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023
Anthony Loke (kiri) bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Pemukiman Persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) DAP Negeri Sembilan di sebuah hotel, hari ini. - Foto BERNAMA
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa.
Lyon bantu PSG sahkan gelaran Ligue 1
Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Lyon mengatasi Monaco 3-2.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Principal Malaysia: Where you diversify your investment
Considering planting the seeds for your financial future? At Principal Malaysia, we'll help you water, fertilize, and harvest your investments for a potentially fruitful future. Just like a seed needs the right environment to flourish, we offer a variety of investment solutions tailored to your risk tolerance and goals. We're here to help you grow your financial potential! #InvestingMadeEasy #PrincipalMY #PrincipalMalaysia
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
PRN: DAP Negeri Sembilan beri bayangan tak akan serah kerusi pada BN
DAP Negeri Sembilan memberi bayangan yang mereka tidak akan menyerahkan 11 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) kepada Barisan Nasional(BN).
LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.
PH perlu pertahankan kerusi Tanjung Piai - Loke
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, semua jentera PH perlulah bekerja keras baik diperingkat pusat mahu pun negeri.