KUALA LUMPUR: Keserasian jentera parti, pembahagian kerusi serta kaedah komunikasi dengan pengundi adalah antara perkara yang perlu diteliti oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan politiknya dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri.
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai contoh, kaedah konvensional untuk mendekati pengundi seperti kempen bersemuka tidak lagi boleh dijadikan keutamaan.
"Kita mesti berubah kepada penggunaan sistem digital, bukan lagi analog... kalau kita tidak berubah maka kita akan terus berada di kepompong lama.
"Tetapi saya yakin apabila kita terpukul dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15, kita akan berubah dan kita telah mula berubah. Saya bagitahu Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri supaya kita belajar daripada kesilapan parti lain juga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program bual bicara UMNO Memilih 2022-2026: Inilah Rumah Kita menerusi siaran langsung Facebook NRChannelTV malam ini.
Program bual bicara itu diadakan sempena pelancaran wajah baharu NRChannelTV iaitu saluran televisyen dalam talian yang dirasmikan oleh Ahmad Zahid.
Beliau berkata NRchannelTV adalah antara saluran yang tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti perkembangan komunikasi dengan menyeimbangkan antara kandungan dan kemudahan teknologi ketika ini.
Ahmad Zahid berkata walaupun saluran konvensional juga penting, orang ramai telah mula memilih untuk terus mengikuti dan menonton kandungan televisyen dalam talian dan perkara itu tidak dapat dielak kerana ia satu gelombang yang mungkin turut berubah pada masa akan datang.
"Syabas dan tahniah kepada NRchannelTV sempena perasmian studio baharu mereka. Saya mengharapkan jumlah penontonnya bertambah, tentu sekali kerana kandungannya berbeza daripada mana-mana saluran televisyen yang lain," katanya kepada pemberita.
NRChannelTV ialah saluran alternatif media sosial yang bermula pada Disember 2020 dengan melaporkan isu terkini berkaitan dunia politik dan perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai contoh, kaedah konvensional untuk mendekati pengundi seperti kempen bersemuka tidak lagi boleh dijadikan keutamaan. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Tidak pernah batal pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mangsa banjir di PPS gotong-royong masak juadah berbuka puasa
Selain bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, PPS tersebut turut mengadakan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran.

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.

'Cahaya Ramadan' di Piccadilly Circus London
Perhiasan lampu terangi Piccadilly Circus London buat kali pertama.

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warisan tidak akan bersendirian hadapi PRN Sabah - Mohd Shafie
Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu membawa perjuangan.

Kepimpinan baharu UMNO berdepan cabaran pulihkan imej parti - Penganalisis
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tanggungjawab kepimpinan baharu ini adalah memulihkan keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.

PH Pulau Pinang diberi tempoh sebulan runding dengan BN negeri - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN.

PRN: Kemenangan besar PH-BN penentu 'survival' Kerajaan Perpaduan
Anthony Loke berkata, kemenangan besar Kerajaan Perpaduan khususnya pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah akan menjadi faktor penting kepada PH dan BN.

Noor Hariri Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas baharu
Noor Hariri atau lebih dikenali sebagai Abe menang 'bergaya' menewaskan dua pencabarnya Datuk Ab Ghani Harun dan Datuk Yahya Mamat.

BN-PH runding agih kerusi PRN Selangor Isnin ini
Megat Zulkarnain Omardin berkata, mesyuarat kali kedua itu akan melibatkan jawatankuasa teknikal diwakili pimpinan tertinggi masing-masing.

PRN: Dekati pengundi dengan kaedah digital - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, kaedah konvensional untuk mendekati pengundi seperti kempen bersemuka tidak lagi boleh dijadikan keutamaan.

PRN: Agihan kerusi antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Ahad ini
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir mempengerusikan mesyuarat itu.

UMNO tetapkan tiga kriteria pilih calon PRN Kelantan - Ahmad Zahid
UMNO menetapkan tiga kriteria utama iaitu "winnability" (boleh menang), "acceptability' (dapat diterima) dan "likeability" (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri

Pilihan raya negeri akan menelan kos lebih RM420 juta jika tidak diadakan serentak - Ramkarpal
Ramkarpal Singh berkata kos yang lebih tinggi akan ditanggung kerana perlu ada perancangan berulang untuk PRN yang berasingan.