awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
04:16 MYT
PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dari kiri: Mohd Khairuddin, Mohd Zawawi, dan Borhan.
SHAH ALAM : Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing selepas tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Sabtu.
Exco Selangor yang tewas ialah Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman (DUN Paya Jaras) dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (DUN Sungai Kandis).
Hanya Exco Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah menang di DUN Tanjong Sepat.
Mohd Khairuddin tewas kepada calon PN iaitu bekas Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Datuk Dr Ab Halim Tamuri.
Mohd Khairuddin hanya memperoleh 25,541 undi, manakala Ab Halim mendapat 27,527 undi dengan perbezaan 1,986 undi.
Di DUN Sungai Kandis pula menyaksikan Mohd Zawawi tewas kepada calon PN.
Mohd Zawawi memperoleh 28,759 undi manakala Wan Dzahanurin Ahmad mendapat 28,926 undi dengan majoriti tipis 167 undi.
Borhan menang selepas memperoleh majoriti 2,524 undi dengan menewaskan calon PN, Sabirin Marsono.
Borhan mendapat 13, 860 undi, manakala Sabirin pula meraih 11,336 undi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#Exco tewas
#prestasi PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan