awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Isu Dominic, Pas Pulau Pinang akan bincang dengan ahli

Bernama
Bernama
04/08/2023
08:50 MYT
PRN: Isu Dominic, Pas Pulau Pinang akan bincang dengan ahli
Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan penyandang kerusi DUN berkenaan Azrul Mahathir Aziz daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Pulau Pinang, 12 Ogos ini. - Gambar fail
BUTTERWORTH: Pas Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan ahli parti itu berhubung isu pencalonan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Fauzi Yusoff berkata ia bagi menerangkan keadaan supaya permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
"Kita sentiasa cuba tangani masalah ini...jentera Pas akan akur dan turun padang membantu kempen (Lau). Ini arahan daripada pucuk pimpinan Pas, kita akan berikan sokongan kepada semua calon-calon yang dikemukakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini meminta ahli dan penyokong parti itu untuk menerima pemilihan Lau sebagai calon DUN Bayan Lepas yang merupakan kerusi majoriti Melayu dengan hati terbuka.
Takiyuddin berkata keputusan mengenai pemilihan Lau dibuat dengan persetujuan kepimpinan tertinggi parti setelah melalui semua proses dan melepasi syarat yang ditetapkan.
Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan penyandang kerusi DUN berkenaan Azrul Mahathir Aziz daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Pulau Pinang, 12 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#Dominic Lau
#isu kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan