awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Janji Pas untuk naik taraf LTSIP tidak berpijak di bumi nyata - Rafizi

Bernama
Bernama
08/08/2023
22:00 MYT
PRN: Janji Pas untuk naik taraf LTSIP tidak berpijak di bumi nyata - Rafizi
Menurut Rafizi berkata, tawaran Pas Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jika Perikatan Nasional kekal mentadbir Kelantan selepas PRN Sabtu ini tidak berpijak di bumi nyata. - Gambar BERNAMA
KLANG: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tawaran Pas Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa jika Perikatan Nasional (PN) kekal mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.
Beliau berkata, urusan menaik taraf sesebuah lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan sesuatu yang boleh dijanjikan begitu sahaja oleh sesebuah parti atau kerajaan negeri.
"Kita kena faham soal nak membuka (lapangan terbang), nak bagi hak pendaratan, nak naik taraf jadi lapangan antarabangsa atau serantau, itu semua di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan," katanya semasa ceramah Jelajah MADANI kawasan Dewan Undangan Negeri Sementa, dekat sini, malam tadi.
Rafizi merujuk kenyataan seorang Exco Kelantan baru-baru ini yang dilaporkan berkata, langkah menaik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa akan memudahkan rakyat negeri itu untuk menggunakan penerbangan terus ke destinasi yang ingin dituju tanpa perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.
Katanya, janji itu ditabur bagi menarik sokongan sempena PRN dan akhirnya akan dijadikan alasan untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan jika ia tidak boleh dilaksanakan Pas sekiranya mereka terus mentadbir Kelantan kelak.
Timbalan Presiden PKR itu juga berkata, angka dan dapatan terbaharu yang diperoleh pihaknya menunjukkan pola peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semakin meningkat berbanding pada awal kempen PRN.
Hari pengundian bagi PRN Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#naik taraf LTSIP
#janji Pas
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan