awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Bekas setiausaha akhbar Hamzah Zainudin, antara muka baharu PN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/02/2022
11:32 MYT
PRN Johor: Bekas setiausaha akhbar Hamzah Zainudin, antara muka baharu PN
Bekas setiausaha akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, iaitu Zulkifli Bujang antara muka baharu yang ditampilkan oleh Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini. - Foto ihsan PN
JOHOR BAHRU: Bekas setiausaha akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, iaitu Zulkifli Bujang antara muka baharu yang ditampilkan oleh Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.
Zulkifli, 44, yang juga bekas personaliti televisyen Bernama dan RTM akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Larkin.
Setakat ini, parti yang telah mengesahkan meletak calon di kerusi tersebut ialah Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO.
MUDA menampilkan Rasid Abu Bakar, manakala PKR mencalonkan Bendahari Cabang PKR Pasir Gudang, Dr Zamil Najwah Arbain, dan Md Hairi Md Shah (UMNO).
Pada Pilihan Raya Negeri ke-14 (PRU14), kerusi tersebut dimenangi oleh Mohd Izhar Ahmad yang bertanding atas tiket PKR dengan majoriti undi 8,590.
Beliau menewaskan Datuk Yahya Ja'afar daripada Barisan Nasional (BN) dan Zakiah Tukirin (Pas).
Selain Zulkifli, antara muka baharu yang turut dikemukakan PN ialah bekas pemain bola sepak Johor, Mohd Faizal Asmar, 46, yang akan berentap di kerusi DUN N.38 Penawar.
Dalam perkembangan sama, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pula kekal bertanding di kerusi DUN N.07 Bukit Kepong.
Pada PRU14 lalu, Sahruddin menang di DUN Bukit Kepong atas tiket PKR dengan majoriti 1,273 undi.
Beliau menewaskan calon Pas, Iqbal Razak dan Mohd Noor Taib (BN).
Bagi PRN Johor, UMNO menamakan Ismail Mohamad, yang juga penyandang DUN Bukit Kepong dari 2013 hingga 2018 di DUN Bukit Kepong
MUDA pula meletakkan 'ayam tambatan' mereka iaitu Nurafiqah M.Zulkifli, 31, yang juga jawatankuasa Pusat MUDA.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Zulkifli Bujang
#muka baharu
#PN
#Perikatan Nasional
#Johor Memilih
#pilihan raya negeri
#bekas setiausaha akhbar
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan