awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: BN dijangka menang 35 kerusi, PH 10 kerusi - ILHAM Centre

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/03/2022
10:32 MYT
PRN Johor: BN dijangka menang 35 kerusi, PH 10 kerusi - ILHAM Centre
Kajian daripada ILHAM Centre mendapati, BN mendapat kelebihan disebabkan beberapa faktor termasuk perpecahan pembangkang, pertembungan pelbagai penjuru dan jangkaan peratusan keluar mengundi yang rendah. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sebalik terdapat jumlah pengundi baharu yang sangat tinggi.
Kajian oleh ILHAM Centre mendapati, BN mendapat kelebihan disebabkan beberapa faktor termasuk perpecahan pembangkang, pertembungan pelbagai penjuru dan jangkaan peratusan keluar mengundi yang rendah.
Dalam masa sama, kemasukan 869,362 atau 33.5 peratus pengundi baharu menarik perhatian semua pihak untuk melihat ke mana sikap dan pola pengundian mereka dalam PRN Johor.
Namun, ILHAM Centre berpendapat, jumlah keluar mengundi pada segmen itu dijangka rendah dan tidak mampu memberikan impak yang signifikan sepertimana diharapkan pihak tertentu untuk membuat perubahan.
Bergelut dengan kehidupan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tumpuan utama pengundi muda lebih kepada meneruskan kelangsungan hidup berbanding diheret dalam pertelingkahan parti politik dalam pilihan raya kali ini.
Selain itu, kajian tersebut juga mendapati perpecahan pembangkang yang terlalu rencam dan berbilang penjuru memecahkan kekuatan undi Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.
Secara taktikalnya, ILHAM Centre berpendapat, perpecahan itu menguntungkan BN ditambah lagi dengan PH yang kelihatan sangat bergelut untuk meyakinkan pengundi mereka sepertimana pencapaian yang diperolehi sebelum ini.
BN juga mendapat keuntungan apabila undi masyarakat Cina tertumpu kepada PH dan undi orang Melayu pula terpecah-pecah dalam saingan tiga penjuru atau lebih.
Selepas mengambil kira kajian dan jawapan responden, ILHAM Centre meramalkan BN mampu memenangi sekurang-kurangnya 35 kerusi manakala PH selesa dengan 10 kerusi.
Baki 11 lagi kerusi pula tidak dapat dibaca kerana berlaku perebutan yang sengit melibatkan Perikatan Nasional (PN), BN dan PH.
Untuk rekod, kajian lapangan itu melibatkan 1,391 responden yang merupakan pengundi berdaftar di Johor mewakili semua segmentasi kaum, jantina, umur dan lokaliti.
Topic Berkaitan
#BN
#PH
#PRN Johor
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan