KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendahului undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam dengan meraih 599,753 undi atau 43.11 peratus.
Ia diikuti Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 334,457 undi atau 24.04 peratus dan Pakatan Harapan (PH) dengan 284,969 (20.48 peratus) undi.
PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri pada kali ini memperoleh 82,556 undi atau 5.93 peratus manakala parti MUDA buat pertama kali ke gelanggang pilihan raya memperoleh 48,072 atau 3.46 peratus undi.
Undi popular merujuk kepada jumlah undi diraih oleh setiap parti atau gabungannya.
Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula memperoleh 18,692 undi atau 1.34 peratus, Bebas dengan 10,007 (0.72 peratus) undi, Warisan (6,523 atau 0.47 peratus) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) meraih 4,880 (0.35 peratus) undi.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula meraih 997 (0.07 peratus) undi dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan 247 atau 0.02 peratus undi.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, peratusan undi popular yang memihak kepada BN adalah hasil pengundi setia dan mahu gabungan itu mengambil alih semula urus tadbir negeri.
Beliau berkata, prestasi popular Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad yang membawa konsep Keluarga Malaysia ke negeri Johor banyak menyumbang kepada undi berkenaan.
"Hasni juga dilihat banyak membantu golongan terkesan akibat COVID-19 terutama peniaga Cina di negeri itu dengan pelan-pelan yang diaturkan di bawah kepimpinannya," katanya ketika dihubungi Bernama.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Katanya, hubungan Hasni yang melangkau pelbagai etnik juga melengkapkan kejayaan BN di PRN itu.
Mengulas mengenai undi popular PN yang lebih tinggi daripada PH walaupun PH memenangi lebih banyak kerusi, Sivamurugan berkata, dengan sistem first past the post yang diamalkan di negara ini, jumlah itu katanya, tidak melambangkan jumlah kerusi dimenangi.
"Prestasi undi PH yang sebelum ini selalunya tinggi daripada parti lain juga perlu dikaji, mereka perlu melakukan pascanilai ke atas pengurangan undi itu, ia agak memeranjatkan," katanya.
Keputusan PRN semalam menyaksikan BN kembali melebarkan penguasaannya apabila memperoleh mandat besar lebih dua pertiga majoriti apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan UMNO memenangi 33 kerusi DUN, manakala MCA empat, dan MIC tiga.
Ia diikuti dengan PH (11), PN (tiga), MUDA (satu) dan PKR (satu).
PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi DUN, dan 1,426,573 orang atau 54.92 peratus mengundi. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Barisan Nasional (BN) mendahului undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam dengan meraih 599,753 undi atau 43.11 peratus. - Gambar BERNAMA

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.